Quantcast

BERITA

VIDEO: Kepulangan Skuad Korea Selatan Disambut Dengan Balingan Telur

Skuad Korea Selatan yang kembali ke tanah air pada Jumaat lalu disambut dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Namun ia turut tidak lari dari balingan 2 atau 3 biji telur yang mengejutkan sebahagian dari anggota skuad Korea Selatan.

Selepas dua hari Taeguk Warriors mengejutkan Jerman dengan jaringan 2-0 di Kazan, sekaligus menghumban keluar juara bertahan dari kejohanan tersebut, kira-kira 500 penyokong menyambut ketibaan pasukan mereka di lapangan terbang.

Suasana kali ini agak berbeza dibandingkan dengan apa yang berlaku 4 tahun yang lalu.

TOPSHOT – South Korea’s defender Kim Young-gwon celebrates after scoring a goal during the Russia 2018 World Cup Group F football match between South Korea and Germany at the Kazan Arena in Kazan on June 27, 2018. (Photo by Jewel SAMAD / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read JEWEL SAMAD/AFP/Getty Images)

Ia kelihatan lebih ceria dan gembira, tatkala skuad yang kembali dari Brazil dibaling dengan gula-gula tradisional ketika melangkah kembali ke tanah air di lapangan terbang yang sama.

Balingan gula-gula tersebut adalah simbolik penghinaan di dalam budaya masyarakat Korea.

Kali ini walaupun terdapat telur dan gula-gula dibaling dari sebahagian kecil penyokong yang masih kecewa, skuad Korea Selatan turut menerima jambangan bunga, selendang sambil penyokong berpusu-pusu cuba berswafoto dengan hero mereka.

Kemenangan ke atas Jerman sedikit sebanyak memberikan sesuatu untuk diraikan, selepas sebelum itu Korea Selatan ditewaskan oleh Sweden dan juga Mexico.

Korea Selatan mengakhiri kempen Piala Dunia dengan memduduki tangga ke-3 Kumpulan F dengan mengumpul 3 mata, menjaringkan 3 gol sepanjang kejohanan, termasuk dua gol ketika menewaskan Jerman 2-0.

Korea Selatan tewas 1-0 kepada Sweden dalam perlawanan pertama, sebelum ditundukkan oleh Mexico dengan jaringan 2-1 untuk mengesahkan cabaran mereka di Rusia sudah tamat.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!