Fernando Santos: Ronaldo Tak Boleh Menewaskan Uruguay Seorang Diri

Pengendali Portugal, Fernando Santos menyifatkan bintang mereka Cristiano Ronaldo tidak boleh menewaskan Uruguay seorang diri menjelang pertembungan memburu slot ke suku akhir Piala Dunia, awal pagi esok.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai persiapan pasukannya yang bakal mengharungi aksi pusingan 16 terbaik, di Sochi.

Ronaldo menjaringkan empat gol di Russia, tetapi Portugal membuktikan mereka mampu menang tanpa kelibat pemain terbaik dunia itu apabila menewaskan Perancis pada final Euro 2016, biarpun kehilangan penyerang Real Madrid itu akibat cedera.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

“Kami perlu bermain sebagai satu pasukan. Jika hanya mengharapkan Ronaldo, kami akan kalah.

“Kami perlu menjadi kuat sebagai satu pasukan, kuat seperti Uruguay. Ia adalah sukar untuk bermain seorang diri, biarpun dia menjaringkan tiga gol tetapi dia ada rakan pasukan yang membantunya.

“Tonggak pertahanan mereka (Uruguay) bermain dengan Atletico Madrid yang memenangi Liga Europa. Di bahagian tengah, mereka ada pemain yang beraksi bersama Juventus dan Inter Milan.

“Penyerang mereka bermain untuk Paris Saint Germain (PSG) dan Barcelona. Jadi, saya harap pasukan saya menjadi kuat seperti Uruguay dan dengan itu Ronaldo mampu membawa perubahan,” kata Santos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN