Pengurus Belgium, Roberto Martinez optimis perlawanan bertemu Brazil nanti bakal disajikan dengan aksi terhebat dari pemainnya iaitu Kevin De Bruyne di pentas Piala Dunia 2018.
Beliau turut yakin, pemain Manchester City itu akan menemui sentuhan jaringan dalam aksi penting tersebut meskipun pemain itu masih gagal mencipta sebarang gol bersama Belgium di pentas Piala Dunia 2018.
Martinez turut berharap pemainnya itu harus tampil beraksi dengan tenang tanpa sebarang tekanan apabila bertemu Brazil nanti.
“Peranan Bruyne dalam pasukan kami (Belgium) sering diremehkan” Martinez memberitahu kepada Goal dalam satu wawancara eksklusif menjelang pertembungan suku akhir antara kedua-dua pasukan awal pagi Sabtu ini, waktu Malaysia.
“Ini mungkin kerana di peringkat kelab, beliau sentiasa menjadi pemain yang ketinggalan untuk menyumbang dan melakukan bantuan gol kepada pasukan.
“Tetapi jika sekali beliau berjaya melakukannya, namanya akan terus menjadi tumpuan orang ramai.”
Tambahnya lagi, “Saya fikir, pengaruh beliau dalam pasukan kami lebih mendalam. Beliau mampu pengatur permainan dan menguasai satu pertiga diatas padang semasa perlawanan.”
“Dia adalah seorang perancang dan pemimpin dalam pasukan kami.” ujar Martinez.
Martinez turut berkata bahawa beliau amat berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan De Bruyne bersama pasukan sepanjang kejohanan ini meskipun pemain itu masih belum berjaya menyumbang sebarang gol untuk pasukan.
“Saya amat berpuasa hati dengan peranan yang ditunjukkan Bruyne dalam pasukan.”
“Saya yakin, Bruyne amat mengetahui betapa pentingnya diri beliau dalam pasukan dan turut memahami corak permainan yang diinginkan kami.”