Rusia 2018: David Ospina Bangga Dengan Semangat Juang Yang Telah Dibuktikan Colombia

Colombia

Penjaga gol Colombia, David Ospina menyifatkan skuad kebangsaan Colombia masih mempunyai sebab untuk berbangga dengan pencapaian mereka walaupun tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti pada awal pagi tadi.

Pada perlawanan peringkat 16 terbaik itu, England mendahului pada minit ke-57 selepas Harry Kane menyempurnakan sepakan penalti.

Semangat juang skuad Colombia jelas terserlah ketika permainan hampir menuju penamat, Yerry Mina sekali lagi bertindak cemerlang apabila tandukannya kembali menyamakan kedudukan untuk perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Pada penentuan sepakan penalti, Ospina cemerlang menepis sepakan Jordan Henderson tetapi kecewa apabila Mateus Uribe dan Carlos Bacca gagal menewaskan Jordan Pickford untuk England layak ke suku akhir.

”Kami pulang ke tanah air dengan kecewa tetapi sekarang adalah masa untuk kami bangkit.”

”Pasukan telah meninggalkan setiap peluh dan keringat. ”

”Perjalanan kami dalam Piala Dunia telah berakhir tetapi kami meninggalkannya dengan hati yang jelas apabila kami telah memberikan segalanya di dalam padang.”

”Seperti yang diperkatakan, ia adalah satu perjudian, terdapat nasib yang baik (menepis sepakan Henderson) pada mulanya tetapi selepas itu hadir dua kegagalan.”

Perkara itu turut dikongsi pengendali Colombia, Jose Pekerman yang berpuas hati dan memuji prestasi anak buahnya.

”Kesemua pasukan yang bertanding mempunyai keazaman untuk mendakap trofi kejuaraan ini untuk dibawa pulang, kerana itulah kami bersaing.”

”Sama seperti pasukan lain, kami juga mempunyai cita-cita dan kami menunjukkan usaha tersebut. Kami berfikir pasukan ini telah berusaha keras untuk terus meningkat.”

Meskipun England berjaya melayakkan diri ke suku akhir, para pemain Colombia jelas tidak memberikan laluan yang mudah buat skuad bimbinga Gareth Southgate itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN