Kaisuke Honda & Makoto Hasebe Sahkan Persaraan Di Pentas Antarabangsa

Jepun

Dua nama besar yang membantu Jepun mara hingga ke peringkat 16 terbaik Piala Dunia 2018, Kaisuke Honda dan Makoto Hasebe telah mengumumkan persaraan mereka dari pentas bola sepak antarabangsa.

Keputusan itu dibuat selepas Jepun tersingkir daripada saingan setelah tewas 3-2 di tangan Belgium walaupun pada satu ketika skuad negara matahari terbit itu selesa mendahului dengan keputusan 2-0.

Pada perlawanan tersebut, Hasebe beraksi sepenuh masa manakala Honda dimasukkan pada minit ke-81 dan mencipta peluang terbaik menerusi sepakan percuma.

”Hari ini (kelmarin) kami telah menunjukkan bahawa kami boleh meningkatkan bola sepak Jepun,” kata Honda yang kini berusia 32 tahun.

”Saya gembira kerana kami mempunyai ramai bakat muda dan sekarang adalah giliran mereka untuk mencipta sejarah buat bola sepak Jepun.”

”Ini adalah Piala Dunia terakhir buat saya. Itulah realitinya. Jadi saya mahu benar-benar jujur, saya mahu membawa pasukan ini dan semua orang ke pusingan seterusnya, tetapi saya tidak dapat menyelesaikan tugas saya.”

SAITAMA, JAPAN – JUNE 03: Keisuke Honda (L) of Japan celebrates scoring the first goal with his teammate Yuto Nagatomo (C) and Makoto Hasebe during the FIFA World Cup Brazil Asian Qualifier match between Japan and Oman at Saitama Stadium on June 3, 2012 in Saitama, Japan. (Photo by Kaz Photography/Getty Images)

”Saya telah memberikan segalanya. Saya telah melakukan segala yang termampu dilakukan.”

Bagi Hasebe yang juga merupakan ketua pasukan Jepun, beliau memuji rakan sepasukannya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kariernya.

”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang telah bersama saya hampir 12 tahun setengah sejak 2006 dan kepada semua warga Jepun yang banyak memberikan sokongan buat saya.”

”Saat saya berjaya bersama anda semua adalah harta yang berharga buat saya. Terima kasih jauh di lubuk hati saya.”

”Akhir sekali, saya juga merupakan penyokong kepada pasukan kebangsaan. Mari kita angankan mengenai skuad kebangsaan Jepun bersama-sama.”

Hasebe telah membuat 114 penampilan bersama skuad Jepun manakala Honda beraksi pada 98 perlawanan serta menjaringkan 37 gol.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN