Rusia 2018: Belum Pun Bermula, Pengadil Arab Saudi Ini Sudah Menerima ‘Kad Merah’

Piala Dunia bakal bermula tidak lama lagi. Semua pihak dalam rangka persiapan akhir termasuk pengadil yang dipilih. Malangnya, hari ini Jawatankuasa Pengadil FIFA telah menyingkirkan nama Fahad Al Mirdasi daripada pasukan pengadil.

Ini selepas pada 2 minggu lalu Fahad Al Mirdasi terlibat dalam skandal rasuah. Laporan di Arab Saudi mendakwa beliau meminta dirasuah ketika bertugas dalam Piala Diraja Saudi.

Fahad Mirdasi terpaksa dikeluarkan daripada tugasan beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan tersebut kerana terdapat keraguan ke atas beliau.

Beliau ditangkap dan kemudian mengakui ada cubaan untuk mengatur keputusan perlawanan final tersebut melibatkan Al-Ittihad dan Al-Faisaly.

Persatuan Bola Sepak Arab Saudi dalam laporan mereka menyatakan yang Fahad menghubungi salah seorang pegawai pasukan Al-Ittihad, menawarkan diri untuk dirasuah.

Pegawai tersebut telah menghantar rakaman skrin perbualan itu kepada badan bola sepak Arab Saudi.

Surat akuan beliau baru sahaja tiba di pejabat FIFA dan serta merta badan bola sepak dunia itu mengambil tindakan.

Beliau dipilih mengadili Piala Dunia Rusia selepas aksi memberangsangkan ketika bertugas dalam Piala Konfederasi 2017 dan juga Sukan Olimpik Rio 2016. Beliau sudah menjadi pengadil FIFA sejak 2011 lagi.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Pengadil FIFA, mereka menyatakan yang penyingkiran nama Fahad adalah serta merta. Selain daripada Fahad, 2 lagi pembantu beliau, Mohammed al-Abakry dan Abdulah al-Shalwai juga disingkirkan.

Buat masa ini, tiada pengganti untuk Fahad lagi. Namun Jawatankuasa Pengadil FIFA mengesahkan 2 nama pembantu pengadil sudah mereka hubungi untuk melapor diri iaitu Hasan Al-Mahri (UAE) dan Hiroshi Yamauchi (Jepun).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN