Xavi: ‘Segalanya Memihak Kepada Real Madrid Termasuk, Nasib, Pengadil Dan Kecederaan’

Legenda Barcelona menyatakan, kejayaan Real Madrid menjuarai UCL kali ini banyak bergantung kepada beberapa faktor yang memihak kepada mereka. Real Madrid menjuarai UCL kali ke-3 berturut-turut menewaskan Liverpool 3-1 di Kyiv.

Salah satu daripada sebabnya adalah Barcelona yang diibaratkan Xavi sebagai gergasi yang tertidur, walaupun kelab tersebut menjuarai La Liga ke-3 dalam tempoh 4 tahun.

Xavi tidak merasakan Barcelona dalam prestasi terbaik meskipun sudah mendapatkan Luis Suarez, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele dalam beberapa musim terakhir.

“Real Madrid ada DNA kemenangan, Barcelona pula sedang tertidur dan sedang lesu walaupun mendapatkan beberapa pemain dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

Xavi juga menjelaskan, nasib memainkan peranan yang penting dalam kejayaan Real Madrid. Misalnya 2 kesilapan Loris Karius membuatkan mereka mendapat 2 gol pada malam final.

Seterusnya, lawan Real Madrid berhadapan dengan masalah kecederaan pemain utama dalam perlawanan penting.

“Segalanya memihak kepada Real Madrid. Pasukan lawan mereka berhadapan masalah kecederaan pemain seperti Neymar (PSG), Jerome Boateng dan Arjen Robben (Bayern Munich), dan Mohamed Salah (Liverpool).”

(L-R) Mohamed Salah of Liverpool FC during the UEFA Champions League final between Real Madrid and Liverpool on May 26, 2018 at NSC Olimpiyskiy Stadium in Kyiv, Ukraine(Photo by VI Images via Getty Images)

“Pemain paling penting Bayern, Neuer cedera dan kesilapan penjaga gol oleh Ulreich pada separuh akhir memberikan mereka gol, dan itu berlaku kepada Liverpool juga.”

“Pengadil juga antara faktor yang membantu mereka. Ianya nampak seperti satu sihir yang memihak kepada mereka.”

“Barcelona pula sedang tidur. Mereka (Barca) menang La Liga dan Real Madrid pula menang UCL.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN