Rumusan Prestasi Musim 2017: Felda United Meningkat Mendadak Selepas Jun

Felda United bermula dengan sangat hambar pada awal musim tetapi berjaya menamatkan musim 2017 di tangga ke-3 dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Pembentukan pasukan

Felda United bermula dengan pembentukan pasukan yang agak lemah. Mereka hilang ramai pemain utama termasuk jurulatih yang membantu mereka menjadi naib juara Liga Super, Irfan Bakti.

Antara pemain penting yang dilepaskan oleh mereka adalah Lutfulla Turaev, Gilberto Alemao, Christie Jayaseelan dan Ahmad Syamim Yahya. Mereka adalah tulang belakang kejayaan Felda United menjadi pencabar JDT pada musim 2016.

Mereka membawa masuk beberapa muka baru seperti Wan Zack Haikal, Norshahrul Idlan, Fazrul Hazli dan Norsharul Idlan Talaha. Tonggak import baru adalah Lucas Cano dan Gaston Cellerino.

Namun daripada senarai pemain masuk ini, hanya Wan Zack Haikal yang memberikan impak besar. Norsharul hanya memberikan impak dalam beberapa aksi sahaja pada awal musim.

Fazrul Hazli gagal memenuhi ekspektasi daripada Felda United. Beliau menjadi penjaring tempatan dengan gol tertinggi ketika bermain untuk Perak. Beliau dipanggil mewakili skuad kebangsaan kerana aksi cemerlan itu.

Tetapi di Felda United pemain ini gagal untuk menjadi pemain utama. Kerapkali diturunkan di bahagian sayap. Sedangkan posisi terbaik beliau pada 2016 dengan Peraka dalah tengah serangan ataupun penyerang kedua.

Kegagalan pada separuh musim

Felda United melantik Azmi Mohamed untuk mengendalikan pasukan ini. Namun dari segi taktikal Felda United gagal membentuk pasukan yang ada taktikal yang jelas.

Dalam beberapa perlawanan awal, mereka bermain dengan banyak sekali eksperimen posisi dan cara bermain. Azmi Mohamed meletakkan jawatan hanya selepas 4 perlawanan.

Beliau memberitahu dirinya masih belum bersedia untuk tugasan itu terutama sekali Felda United akan beraksi dalam Piala AFC. Azmi Mohamed meninggalkan Felda dengan 1 kemenangan 2 kekalahan dan 1 seri.

Tidak lama selepas itu Sathianathan dilantik menjadi jurulatih baru skuad Felda United. B. Sathianathan juga gagal memperbaiki aksi mereka untuk baki saingan separuh pertama musim.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

Daripada 14 perlawanan, mereka hanya memenangi 4 perlawanan 6 seri dan 6 kekalahan. Isu yang jelas pada Felda United adalah kegagalan membentuk pasukan.

Rombakan separuh musim

Pada jendela perpindahan separuh musim, B. Sathianathan menggugurkan 3 pemain import. Berikut adalah urusan perpindahan mereka pada Jun

Masuk:
Dino Djulbic (Dari Perth Glory FC, Australia), Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi (Dari Al-Hidd, Bahrain), K. Prabakaran (Dari Perlis FA), Safwan Hashim (Tiada Ikatan), Thiago Augusto Fernandes (Dari Manama Club, Bahrain), Curran Singh Ferns (Negeri Sembilan FA)

Keluar:
Farid Ramli (Ke Kuala Lumpur FA), Ilham Yusof (Ke UITM FC), Ridzuan Abdunloh Pula (Ke Terengganu FA), Mootaz El Jounaidi, Lucas Cano, Gastón Cellerino (Dilepaskan)

Dengan pemain yang baru masuk, Sathianathan telah membentuk pasukan yang sebenar dan stabil. Dengan komitmen kepada Piala AFC sudah berakhir, mereka kini boleh menghadapi Liga Super dan Piala Malaysia dengan lebih baik.

Secara kasarnya, mereka memperbaiki aspek squad depth. Urusan ini sepatutnya mereka lakukan pada pra musim. Ifedayo dan Thiago Augusto menjadi sensasi!

5 perlawanan selepas cuti panjang tersebut, 4 daripadanya adalah menang dan 1 seri untuk semua pertandingan. Pada ketika ini, B. Sathianathan memperbaiki ratio kemenangan beliau bersama Felda.

Dalam 5 perlawanan pertama selepas cuti panjang, B. Sathianatnan mencatatkan ratio kemenangan 0.8 per perlawanan berbanding dengan 0.29 per perlawanan dalam 14 perlawanan beliau sebelum cuti pertengahan musim.

Felda United menjaringkan 12 gol dalam 5 perlawanan pertama separuh kedua musim ini. Pada separuh pertama musim 2017, mereka mengambil masa sehingga 14 perlawanan untuk melepasi angka 12 gol.

Thiago Augusto ternyata dalam aksi terbaik beliau dan mewujudkan Thiagoal Effect.

Thiago Augusto / Foto: Asiana.my

Felda United menang kesemua 3 perlawanan liga selepas separuh kedua musim bermula. Hanya Perak menghentikan mereka dengan kekalahan Felda United 0-1 di tangan Perak.

Ia menyambung rekod kemenangan bersih dalam 5 perlawanan mereka dalam Liga Super ketika itu. 15/15 mata dikutip.

B. Sathianathan melakukan kerja luar biasa. Menaikkan Felda United daripada bergelut ke zon penyingkiran dan menamatkan saingan di tangga ke-3 Liga Super.

Hanya 1 mata di belakang Pahang yang sudah mendapat momentum mereka jauh lebih awal pada musim 2017. Berikut adalah perbezaan ratio kemenangan Felda United sebelum rombakan pada Jun dan selepas

Dari segi taktikal, Felda United jelas ada taktikal yang lebih signifikan. Sathianathan menggemari sistem 4-3-3 dengan meletakkan gandingan Ifedayo, Thiago dan Wan Zack Haikal ataupun Hadin Azman di barisan serangan.

Beliau berani membuat percaturan untuk menjadikan pemain seperti Zah Rahan bermain di peranan no.8. Pemain yang sebelum ini merupakan pemain no.10, penyerang kedua ataupun penyerang sayap.

Zah Rahan , Leandro / foto: Asiana.my

Kekuatan utama pasukan ini adalah tenaga yang ada pada pemain mereka serta ketajaman ‘target man’ mereka Thiago.

Stabiliti pasukan mereka diperbaiki. Keupayaan untuk bertahan diperbaiki dan begitu juga dengan serangan. Mereka adalah pasukan yang paling meningkat pada separuh kedua musim liga.

Rumusan

Pada separuh pertama musim, mereka tidak ada taktikal yang signifikan. Perlantikan B.Sathianathan pada 3 bulan terakhir sebelum perpindahan pemain pada Jun telah memberikan peluang kepada jurulatih ini mempersiapkan pasukan.

Sathianathan melakukan urusan pengambilan pemain yang sangat baik pada Jun. Itulah kunci utama mereka selepas kehilangan ‘tulang’ belakang pasukan mereka pada musim 2016.

Sathianathan juga berjaya mendapatkan hasil terbaik daripada pemain yang sedia ada seperti Wan Zack Haikal dan Hadin Azman untuk digandingkan dengan tenaga import yang baru.

Secara ringkasnya pasukan ini sudah dibentuk dengan cukup baik, jika mereka tidak merancang melepaskan pemain-pemain utama mereka.

Felda United harus belajar daripada kesilapan sebelum ini, iaitu melepaskan pemain utama tanpa menggantikan mereka dengan kualiti yang betul.

Ada beberapa pemain yang dianggap bintang sebenarnya sudah berada di ‘peak’ terakhir karier mereka. Dengan komitmen pada 2018 tanpa Piala AFC, nampaknya Felda United sudah boleh merancang musim hadapan sebaiknya dengan melakukan sedikit penambahan pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN