Majalah World Soccer: Ke Mana Pergi “The Most Exciting Young Players In 2007”

Sebuah majalah bola sepak, World Soccer yang berpengkalan di UK telah mengenalpasti dan menyenaraikan 50 pemain muda yang dikenalpasti pada tahun 2007 dan bakal menyinar pada masa akan datang.

Kini, selepas 10 tahun, penulis cuba menjejak beberapa pemain muda yang disenaraikan pada tahun 2007 oleh majalah ini dan melihat dari aspek nilai perpindahan ketika ini adakah sepadan atau tidak dengan ramalan mereka sebelum ini.

Berikut merupakan senarai 10 pemain yang betul-betul menyinar pada masa kini:

1. Gareth Bale (Real Madrid)

Pasukan pada 2007: Tottenham Hotspur
Umur pada 2007: 18 tahun

(Photo by Ian Walton/Getty Images)

Pemain kebangsaan Wales ini menetapi ramalan apabila mempamerkan persembahan cemerlang bersama Spurs sebelum ini sehingga menarik perhatian kem pasukan Real Madrid untuk menandatanganinya pada musim 2013.

Prospek yang ada padanya membuatkan gergasi bola sepak di Sepanyol ini sanggup meletakkan jumlah bayaran yang tinggi iaitu £85.3 juta dan melebihi jumlah bayaran perpindahan Cristiano Ronaldo sebanyak £80 juta pada 2009.

Pemain yang mula mendapat perhatian di Liga Perdana Inggeris ketika bersama Southampton pada 2007 ini telah berjaya menggondol beberapa gelaran atau anugerah utama dalam bola sepak termasuklah PFA Player of the year 2011,2013, Premier League Player of the year 2013 dan Welsh Footballer of the year sebanyak 6 kali.

2. Angel Di Maria (Paris St Germain)

Pasukan pada 2007: S.L Benfica
Umur pada 2007: 19 tahun

(Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

Pemain yang pernah mengegar sejarah perpindahan di liga Inggeris apabila sejarah baharu tercipta selepas Manchester United menawarkan kontrak perpindahan sebanyak £59.7 juta dari Real Madrid.

Nilai ini adalah terbesar ketika itu dan memecah rekod perpindahan Fernando Torres pada 2011 sebanyak £50 juta.

Pemain yang disifatkan sebagai ‘world-class’ oleh Louis Van Gaal melakukan ‘debut’ bersama United ketika menentang pasukan Burnley. Namun begitu, jodohnya bersama United tidak kekal lama, dan memilih PSG sebagai pasukan baru dengan nilai perpindahan £44 juta.

Pada bulan Ogos yang lalu, Di Maria dikaitkan dengan perpindahan semula ke liga Sepanyol dan difahamkan sudah mendapat kata putus mengenai kontrak perpindahan sekitar £40 juta.

3. Mesut Ozil (Arsenal)

Pasukan pada 2007: Schalke 04
Umur pada 2007: 19 tahun

(Photo by Christof Koepsel/Bongarts/Getty Images)

Memulakan karier bersama pasukan yang berpengkalan di Jerman iaitu Werder Bremen dan Schalke sebelum dilamar Real Madrid pada tahun 2010.

Pemain tengah Jerman ini mula mendapat perhatian ‘The Gunners’ pada musim 2013 apabila pasukan dari London itu menandatangani pemain ini dengan nilai sebanyak £42.4 juta seterusnya memecah rekod perpindahan pasukan Arsenal itu.

Pemain yang terkenal dengan jumlah ‘assist’ yang tertinggi ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti PFA Player of the months, Premier League top assist 2015, Arsenal player of the season 2015 dan turut dicalonkan dalam perebutan anugerah FIFA Ballon d’Or 2010-2013.

4. Juan Mata (Manchester United)

Pasukan pada 2007: Valencia
Umur pada 2007: 19 tahun

(Photo by Manuel Queimadelos Alonso/Getty Images)

Pemain yang memiliki perjalanan bola sepak yang baik sejak diperingkat remaja apabila pemain ini sudah menyarung jersi Sepanyol bagi kejohanan bawah 16 tahun.

Kariernya berkembang dengan pasukan Valencia dan selepas 4 tahun menabur bakti, Mata akhirnya berhijrah ke Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea.

Kegemilangannya bersama Chelsea di bawah kendalian Mourinho membuatkan Manchester United menawarkan kontrak bernilai 37.1 juta pounds menjadikan pemain ini antara yang bernilai dalam kalangan pasukan di liga Inggeris.

Sehingga kini, beliau masih menjadi taruhan Mourinho di kem pasukan United dan pengaruh yang di bawa pemain ini agak besar dalam mengatur corak permainan pasukan.

Namun begitu, penampilannya bersama pasukan Sepanyol agak kurang atas faktor lambakan pemain yang mampu beraksi di posisi tengah bersama skuad Sepanyol.

5. Alexis Sanchez (Arsenal)

Pasukan pada 2007: Udinese
Umur pada 2007: 18 tahun

(Photo by Gabriele Maltinti/Getty Images)

Pemain kelahiran Chile ini mula menyinar ketika mewakili Barcelona dari tahun 2011-2014. Penampilannya bersama Barcelona ketika itu dianggap baik dengan sumbangan melebihi 80 gol untuk pasukan itu.

Prestasi dan reputasi yang baik di liga Eropah membuatkan kem pasukan Arsenal tertarik untuk menandatangani pemain ini. Persetujuan telah dicapai pada 2014 menyaksikan Sanchez sah bersama Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak 35 juta pounds.

Walaubagaimanapun, seperti rakannya Mesut Ozil, beliau kini dikaitkan dengan pasukan baharu apabila kontrak mereka tamat penghujung musim ini.

6. Sergio Aguero (Manchester City)

Pasukan pada 2007: Atletico Madrid
Umur pada 2007: 19 tahun

(Photo : Xavier Grimaldi / Icon Sport via Getty Images)

Produk Indepediente  ini pernah dianggap oleh sebahagian kumpulan media memiliki corak permainan mirip lagenda Argentina, Diego Maradona.

Mula bermain di liga Eropah pada 2006 dan memilih Atletico Madrid sebagai destinasi memajukan kariernya. Beliau berjaya meledak 100 gol bersama Atletico Madrid dan dianggap antara pemain yang berjaya dalam sejarah pasukan Atletico Madrid.

Namun selepas 5 tahun, beliau mengumumkan pengundurannya dan telah dikaitkan dengan pasukan seteru iaitu Real Madrid. Walaubagaimanapun, beliau memilih Manchester City dengan nilai perpindahan sebanyak 35 juta pounds.

7. Marouane Felliani (Manchester United)

Pasukan pada 2007: Standard Liege
Umur pada 2007: 19 tahun

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Memulakan karier bersama kelab dari Belgium termasuklah Anderlecht dan Standard Liege, namun fokus terhadap pemain ini hadir ketika beliau bersama Standard Liege pada tahun 2006-2008.

Kemudian, beliau berhijrah ke pasukan Everton selama 5 tahun dan di situlah kelebihan yang ada pada beliau berjaya mencuri perhatian pasukan Manchester United.

Dengan nilai perpindahan yang agak tinggi iaitu 27.5 juta pounds, Fellaini menjadi sandaran United bermula tahun 2013 sehinggalah kini.

Namun begitu, United berhasrat menggugurkannya pada jendela perpindahan pemain Januari 2018 dan dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Besiktas di Turkey.

8. Toni Kroos (Real Madrid)

Pasukan pada 2007: Bayern Munich
Umur pada 2007: 17 tahun

(Photo by AMA/Corbis via Getty Images)

Pemain yang sinonim dengan pasukan Bayern Munich turut mengegar dunia bola sepak sekitar 2007 sehingga meletakkan pemain ini tersenarai dalam senarai 50 pemain muda yang bakal menggegar arena bola sepak.

Penampilannya dalam kejohanan Piala Dunia 2014 bersama pasukan Jerman di mana pemain ini berjaya mencuri perhatian dengan 2 jaringan dalam perlawanan separuh akhir bertemu Brazil akhirnya berjaya meraih perhatian Real Madrid.

Pemain ini ditawarkan kontrak bernilai £25 juta, sehari selepas berakhir temasya Piala Dunia 2014 yang dimenangi pasukan Jerman.

9. Karim Benzema (Real Madrid)

Pasukan pada 2007: Olympics Lyon
Umur pada 2007: 19 tahun

(Photo : Thomas Pictures / Jean Paul Thomas / Icon Sport via Getty Images)

Produk Lyon ini mendapat perhatian sejak melakukan penampilan dalam kejohanan UEFA UERO under 17 bersama pasukan Perancis pada tahun 2004 di mana pasukan ini menjuarai kejohanan itu.

Pemain ini berhijrah ke pasukan Real Madrid pada tahun 2009 dengan nilai perpindahan sebanyak £25 juta. Baru-baru ini, beliau memperbaharui kontraknya bersama Real Madrid dan dilanjutkan sehingga tahun 2021, iaitu penambahan 2 tahun dari persetujuan asal.

Sehingga kini, beliau telah menyumbang sebanyak 178 untuk Real Madrid dan mungkin mencecah kepada 200 gol berdasarkan komitmen yang panjang bersama Real Madrid.

10. Ivan Rakitic (Barcelona)

Pasukan pada 2007: Schalke 04
Umur pada 2007: 19 tahun

(Photo credit should read PATRICK BAZ/AFP/Getty Images)

Meskipun memulakan karier antarabangsa bersama pasukan remaja Switzerland, Rakitic memilih pasukan Croatia sebagai pasukan yang diwakili diperingkat senior. Melalui penampilan antarabangsanya bersama Croatia, beliau banyak membantu pasukan ini dalam kejohanan besar termasuklah UERO 2008, 2012, 2016 dan FIFA World Cup 2014 dan memiliki lebih dari 90 ‘caps’.

Melihatkan kejayaannya membantu Sevilla dalam kempen Europa League membuatkan pasukan Barcelona menawarkan kontrak perpindahan selama 5 tahun dengan nilai 16.2 juta pounds. Beliau turut menerima kontrak baharu sehingga 2021 seterusnya mengakhiri spekulasi perpindahan pemain ini ke Liga Perdana Inggeris.

Rumusan

Ramalan 50 pemain ini yang di buat 10 tahun yang lalu ada asas dan relevannya. Ini dibuktikan dengan analisa 10 pemain yang berjaya membuktikan ramalan ini benar-benar terjadi.

Meskipun beberapa pemain berjaya membuktikannya, ada beberapa pemain yang dijangka boleh seiring dengan pemain-pemain yang lain, namun agak kurang menyerlah.

Nama-nama seperti Alexandre Pato, Micah Ricards dan Carlos Vela agak tenggelam dan kurang mendapat perhatian media.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN