Rumusan Prestasi 5 Pemain England Yang Melakukan Debut Ketika Seri 0-0 Dengan Jerman

Skuad muda England mempamerkan persembahan yang meyakinkan untuk seri 0-0 dengan juara dunia, Jerman dalam perlawanan persahabatan di Wembley Stadium awal pagi tadi.

Apa yang menariknya pengurus England, Gareth Southgate mencapai keputusan baik ini dengan memberi kaps sulung kepada 5 pemain muda England, Jordan Pickford, Ruben Loftus-Cheek dan Tammy Abraham, Joe Gomez dan Jack Cork.

Ini adalah kali pertama England menurunkan skuad tak berpengalaman ketika menentang Jerman sejak 1980.

England bergelut untuk menangani Jerman pada separuh masa pertama tetapi perlahan-lahan tampil lebih yakin terutamanya pada separuh masa kedua. Marc-Andre ter Stegen terpaksa menghasilkan aksi menyelamat menakjubkan untuk menafikan tandukan Jamie Vardy hasil hantaran lintang Kieran Trippier.

https://www.youtube.com/watch?v=hon-glAyDTE

Bagaimanapun keputusan seri ini terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Phil Jones terpaksa dikeluarkan pada minit ke-25 kerana kecederaan.

Berikut merupakan rumusan prestasi 5 pemain England yang melakukan debut pada awal pagi tadi.

1. Jordan Pickford

10th November 2017, Wembley Stadium, London, England; International football friendly, England versus Germany; Goalkeeper Jordan Pickford of England saving a shot by Leroy Sane of Germany (Photo by John Patrick Fletcher/Action Plus via Getty Images)

Ramai penyokong England mempersoalkan keputusan Gareth Southgate yang mengumumkan Joe Hart masih penjaga gol no.1 England disebalik prestasi buruknya di West Ham pada musim ini dan statusnya sebagai pemain buangan Manchester City.

Pada mulanya, Southgate merancang untuk menggunakan Jack Butland dalam perlawanan persahabatan ini. Tetapi Butland patah jari tangannya ketika latihan – sekaligus membuka peluang kepada Jordan Pickford untuk melakukan debut.

Penjaga gol Everton berusia 23 tahun ini membuktikan kemampuannya apabila seawal minit 1′ bertanggungjawab menyelamatkan kubu England selepas Harry Maguire melakukan hantaran belakang yang buruk.

Beliau juga bertanggungjawab menafikan penyerang Jerman, Timo Werner sebanyak dua kali selain memberi dimensi serangan yang dinamik kepada penyerang England melalui sepakan golnya yang tepat ke sasaran.

Pickford mungkin bergelut untuk menyelamatkan Everton di Premier League ketika ini. Tetapi bersama skuad England, beliau mungkin telah membuatkan Southgate pening kepala untuk memilih calon penjaga gol no.1 England.

https://twitter.com/UtdOliver/status/929082625939181568

2. Ruben Loftus-Cheek

England’s Ruben Loftus-Cheek
during International Friendly match between England and Germany at Wembley stadium, London on 10 Nov , 2017
during International Friendly match between England and Germany at Wembley stadium, London on 10 Nov , 2017 (Photo by Kieran Galvin/NurPhoto via Getty Images)

Jentera tengah England kerap kali mendapat kritikan kerana ketiadaan kreativiti apabila Eric Dier – kapten England awal pagi tadi – digandingkan dengan Jordan Henderson.

Dengan kecederaan yang dihadapi Henderson, perlawanan awal pagi tadi adalah peluang buat Ruben Loftus-Cheek untuk menunjukkan kebolehannya menjelang kempen Piala Dunia 2018 di Russia nanti.

Pemain yang dipinjamkan oleh Chelsea ke Crystal Palace (untuk memberi laluan kepada Tiémoué Bakayoko) ini memberi persembahan baik. Semua orang sedia maklum dengan kelebihan fizikalnya, tetapi skil dan sentuhan-sentuhan magisnya pada awal pagi tadi yang menarik perhatian.

https://twitter.com/HazardFlicks/status/929107694543306753

Perlawanan menentang Jerman ini mungkin cuma perlawanan persahabatan dan kebolehannya beraksi di peringkat elit yang bertekanan tinggi masih perlu diuji. Tetapi Southgate pastinya gembira dengan persembahan baik pemain berusia 21 tahun ini.

3. Tammy Abraham

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 10: Tammy Abraham of England and Mats Hummels of Germany during the International Friendly fixture between Germany and England at Wembley Stadium on November 10, 2017 in London, England. (Photo by James Baylis – AMA/Getty Images)

Berpasangan dengan Jamie Vardy dalam sistem 3-5-2, Tammy Abraham terlepas peluang untuk membuka jaringan seawal minit ke-2 apabila gagal menampan masuk bola hantaran lintang rendah penyerang Leicester itu.

Penyerang yang dipinjamkan oleh Chelsea ke Swansea ini berkerja keras sepanjang perlawanan untuk memnyusahkan malam Mats Hummel dan Antonio Rudiger. Larian-larian tanpa bola (off the ball movement) beliau sangat baik.

Tetapi kelemahan beliau untuk menyimpan bola (hold up play) ketika membelakangi pintu gol lawan sementara menunggu larian daripada rakan sepasukannya masih lagi perlu diperbaiki.

4. Joe Gomez

Germany’s Timo Werner (left) and Leroy Sane (right) battle for the ball with England’s Joe Gomez (centre) during the International Friendly match at Wembley Stadium, London. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Masuk menggantikan Phil Jones yang cedera pada minit 25′, Joe Gomez digandingkan dengan Harry Maguire dan John Stones sebagai back three sistem 3-5-2 England.

Pertahanan Liverpool ini ada kalanya melepaskan penguasaan bola dengan mudah pada separuh masa pertama. Ini menyebabkan beliau terpaksa menjatuhkan Leroy Sane dan seterusnya mendapat kad kuning.

Di Liverpool, Gomez yang baru berusia 20 tahun ini bermain sebagai bek kanan meskipun posisi asalnya adalah pertahanan tengah. Barangkali sudah lama tak bermain sebagai pertahanan tengah, Gomez nampak agak sedikit kelam-kabut ketika memegang bola.

Tetapi secara keseluruhannya beliau mempamerkan aksi defensif yang bagus untuk menenggelamkan jentera serangan Jerman pada separuh masa kedua.

https://twitter.com/MikLFC/status/929111726389329920

Info menarik: Susulan debut Gomez untuk England, Liverpool mesti membayar Charlton (kelab profesional pertama Gomez) £250,000 seperti yang tertera dalam kontrak pemain tersebut.

5. Jack Cork

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 10: England’s Jack Cork in action during the International Football Friendly match between England and Germany at Wembley Stadium on November 10, 2017 in London, England. (Photo by Craig Mercer – CameraSport via Getty Images)

Pemilihan Jack Cork (dan Jake Livermore) dalam skuad England banyak mendapat kritikan media UK yang berpendapat Southgate perlu memilih pemain-pemain muda dari skuad bawah-17 England yang baru menjuarai Piala Dunia Bawah-17 seperti pemain terbaik kejohanan, Phil Foden atau Jadon Sancho.

Jika Southgate mahukan pemain yang mempunyai minit bermain di Premier League, Tom Davies (Everton), Jonjo Shelvey (Newcastle United) atau Lewis Cook (AFC Bournemouth) boleh dijadikan sandaran untuk dicuba.

Masuk menggantikan Jake Livermore pada minit 86′, tak banyak yang boleh dilakukan oleh pemain tengah Burnley ini untuk mengubah nasib perlawanan.

Cork melakukan tugasnya dengan baik tanpa apa-apa insiden negatif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN