Rumusan Prestasi Musim 2017: Misi Layak Ke Liga Super Kuala Lumpur Akhirnya Tercapai!

2017 – musim yg cukup penting untuk Kuala Lumpur dalam memastikan usaha mereka untuk kembali ke Liga Super tercapai.

Sedikit perubahan dilakukan bagi memantapkan lagi pasukan Kuala Lumpur untuk bersaing bagi merebut 2 tempat teratas. Wanderley Jr dilantik menggantikan Ismail Zakaria. Beberapa pemain ternama juga diambil bagi menguatkan lagi pasukan seperti Azmeer Yusoff, Manaf Mamat dan Ashri Chuchu.

Setelah menyedari ketumpulan penyudah pada aksi pra-musim, KLFA tanpa teragak-agak melakukan perubahan di saat akhir dgn menggunakan penjaring terbanyak Piala Malaysia 2016, Guilherme de Paula untuk menggantikan Carlos Chamorro 2 hari sebelum sepak mula Liga Perdana menentang JDT2 di Selayang.

KL memulakan kempen liga Perdana 2017 dgn langkah kanan apabila mencatat kemenangan dalam 2 perlawanan pertama menentang JDT2 di Selayang & Sabah di Likas.

Namun dalam kedua-dua perlawanan tersebut KL ketinggalan terlebih dahulu sebelum bangkit menewaskan lawan mereka.

Menentang JDT2, Nico Fernandez (gambar bawah) meletakkan pasukan Harimau Selatan itu di hadapan pada minit ke-4, sebelum sepakan penjuru Zhafri Yahya menemui kepala Boburjon Akbarov untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-20.

Kredit: Johor Southern Tigers

Ibrahim Syaihul menjadi wira untuk pasukan KL apabila berjaya menanduk masuk bola hantaran dari sepakan penjuru Zhafri Yahya pada minit ke-31 untk memberikan kemenangan kepada KL dengan jaringan 2-1.

Di Likas, cerita yang serupa juga ditampilkan apabila KL ketinggalan 1-0 hasil jaringan Igor Cerina pada minit ke-21. Namun Nicolas Dul menyamakan kedudukan 9 minit kemudian hasil sepakan percuma beliau.

Ketika perlawanan di Likas seakan-akan berakhir dgn seri 1-1, Guilherme de Paula yg dibawa masuk dari bangku simpanan menjadi wira apabila Berjaya menolak masuk bola ke dalam gol hasil hantaran leret Zhafri Yahya dari tepi pada minit ke-88. Tamat perlawanan KL menang 2-1.

Selepas berjaya meraih keputusan positif dalam 2 perlawanan pertama, segalanya serba tidak menjadi apabila KL gagal mencatatkan kemenangan dalam 5 perlawanan seterusnya. Bermula dgn terikat 1-1 dgn UiTM FC di tempat sendiri, selepas itu seri tanpa jaringan dgn PKNP FC di Ipoh.

Selepas itu, mereka mudah ditundukkan oleh Kedah dalam pusingan 32 terakhir Piala FA dgn jaringan 4-2.

Segala-galanya bertambah parah apabila KL tewas dalam 2 perlawanan seterusnya dalam Liga Perdana: tewas 2-0 kepada PDRM di Selayang & tewas kepada Terengganu 2-1 di SSINS.

Akibat gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir KL berada di tangga ke-7 selepas 6 perlawanan.

Lesen Wanderley Junior tidak diiktiraf

Khabar buruk melanda pasukan ibu kota itu apabila ketua jurulatihnya Wanderley Junior menghadapi masalah dgn lesen kejurulatihannya yang tidak diiktiraf AFC. Beliau dibenarkan untuk melatih pasukan seperti biasa sementara KLFA berusaha menyelesaikan isu lesen kejurulatihan.

Namun pada hari perlawanan urusan akan diserahkan kepada penolong jurulatih, Rusdi Suparman.

Selepas gagal memenangi 4 perlawanan terakhir, KL melayani kunjungan Kuantan FA ke Selayang dalam usaha menamatkan rentetan tanpa kemenangan. KL sekali lagi dipaksa bekerja keras untuk mengutip 3 mata apabila Shim Un Seob meletakkan Kuantan FA di hadapan seawal minit ke-6.

Namun Guilherme de Paula berjaya menyamakan kedudukan selepas setengah jam perlawanan berlalu. Ketika kedua-dua pasukan seakan-akan membawa pulang 1 mata, Helmi Remeli menjadi wira di minit-minit akhir perlawanan apabila berjaya menanduk masuk bola hantaran Manaf Mamat ke dalam gol.

Tamat pelawanan KL berjaya mengutip 3 mata penuh setelah 4 perlawanan dengan jaringan 2-1.

3 hari kemudian KL turun ke Paroi bagi menghadapi pasukan pendahulu Liga Perdana ketika itu, Negeri Sembilan yang gah berada di tangga teratas apabila menang kesemua 6 perlawanan awal mereka.

Berhadapan pasukan yg mencatatkan kemenangan setakat ini, ianya bukan tugas yang mudah buat pasukan Ibu Kota ini untuk mencuri mata daripada pasukan Jang.

Ternyata ianya benar apabila Khairul Anwar Sallehudin berjaya meletakkan NS di hadapan pada minit ke-8 apabila rembatan beliau dari luar kotak penalti.

Keadaan bertambah parah apabila Marko Simic menggandakan kedudukan apabila menolak masuk bola dgn mudah ke dalam gol apabila pertahanan KL begitu kucar kacir.

SEREMBAN 03 MARCH 2017. Pemain Negeri Sembilan, Simic Marko (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur, Mohamad Hisyamudin pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, KL berjaya merapatkan kedudukan melalui Guilherme De Paula pada minit ke-90. Gol tersebut sedikit sebanyak merentap semangat penyokong tuan rumah.

KL nyaris menyamakan kedudukan di saat-saat akhir permainan apabila Guilherme mempunyai peluang terhidang, namun beliau mendakwa dijatuhkan oleh pemain lawan dan sepatutnya mendapat penalti.

Keputusan akhir NS menang 2-1 ke atas KL untuk kekal di tangga teratas dgn 21 mata setelah 7 perlawanan (sebelum mereka terpaksa berpuasa hati berkongsi mata dgn UiTM dlm perlawanan yg ditangguhkan utk mendahului carata liga dgn 22 mata selepas 8 perlawanan).

KL pula terus dirundung malang apabila jatuh ke tangga ke-8 dgn 11 mata setelah 8 perlawananan. Dengan kekalahan ini seolah-olah pintu KL untuk kembali ke Liga Super sudah tertutup ketika itu.

Segala usaha dilakukan oleh pengurusan KLFA untuk menyelesaikan masalah lesen kejurulatihan Wanderley Jr dengan menghubungi bekas majikan-majikan Wanderley, namun ianya menemui jalan buntu. Wanderley akhirnya terpaksa dilepaskan oleh KLFA.

Dalam pada itu, KLFA mencari pengganti utk kekosongan yg ditinggalkan oleh Wanderley Jr dgn nama seperti Fandi Ahmad dan B. Satianathan dikaitkan dgn jawatan tersebut. Akhirnya bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Timor Leste, Fabio Magrao mengisi kekosongan tersebut.

Ini disahkan lagi apabila beliau berada di Stadium Selayang sebelum itu bagi menyaksikan pertemuan KL menentang Kuantan. Ketika itu KLFA menyasarkan Fabio Magrao untuk membawa KL layak ke Piala Malaysia dgn 3 baki perlawanan yang tinggal.

Era Fabio Magrao

Liga berehat sebulan bagi memberi laluan kepada pasukan kebangsaan. Kesempatan itu digunakan oleh Fabio Magrao untuk memperbaiki kelemahan dan memantapkan lagi pasukan Kuala Lumpur.

7 April 2017 – tugasan pertama Fabio Magrao sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur menentang pasukan Perlis yg hanya mengutip 2 mata selepas 8 perlawanan ketika itu yg juga. Ini juga merupakan tugasan pertama Syamsul Saad sebagai ketua jurulatih Perlis.

KL bermula langkah kanan di bawah kendalian Fabio Magrao apabila mudah menundukkan pasukan Singa Utara itu dengan jaringan 2-0 hasil jaringan De Paula beberapa saat selepas sepak mula bermula dan juga pada minit ke-61.

Tugasan ke-2 Fabio Magrao bersama Kuala Lumpur tampak sedikit sukar apabila berkunjung ke Tanjung Malim untuk menghadapi pasukan yang juga sedang bergelut dgn prestasi mereka iaitu ATM.

KL belum pernah mencatatkan kemenangan apabila bertandang ke Tanjung Malim. Dalam perlawanan yang berlangsung pada sebelah petang yang panas, pelbagai insiden terjadi, Terjahan juga berada di mana-mana. Fabio Magrao juga tidak ketinggalan untuk bertelagah dengan pegawai ke-4. Itu cerita di separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa ke-2 KL mula mendapat rentak apabila berjaya mendahului perlawanan apabila Ikbol Babakhanov tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hasil hantaran lintang Na’im Nazmi.

Namun keadaan sedikit cemas apabila Pavel Smolyachenko berjaya menyamakan kedudukan utk ATM apabila menolak masuk bola ke dalam gawang disebabkan kesilapan penjaga gol KL, Ahmad Solehin Mamat yang gagal menangkap kemas hantaran lintang dari pemain ATM.

Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan 1-1, Hafiz Johar muncul wira buat Kuala Lumpur apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Ibu Kota itu pada minit kecederaan.

Selepas menggantikan Ashri Chuchu, beliau hanya memerlukan kurang dari seminit untuk menjadi wira apabila berlari ke dalam kotak penalti untuk menerima hantaran pendek dari Modibo Konte kemudian merembat bola ke gawang lawan.

Ianya terjadi lagi sekali untuk Kuala Lumpur! Tamat perlawanan KL berjaya membawa 3 mata pulang dari Tanjung Malim dgn jaringan 2-1.

11 hari kemudian, pasukan yang dibelenggu skandal mengatur perlawanan, MISC-MIFA berkunjung ke Stadium Selayang dalam misi mengembalikan maruah mereka yang tercalar.

Seperti kebiasaan, KL ketinggalan 1-0 setelah 13 minit perlawanan berlangsung. Bodric Dimitri meletakkan MISC-MIFA di hadapan setelah berjaya menyungkit bola untuk menewaskan penjaga gol KL, Solehin Mamat.

Separuh masa ke-2 KL bangkit menguasai perlawanan dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-53 apabila Modibo Konte berjaya menanduk bola ke dalam gawang lawan setelah menerima hantaran dari sepakan percuma Zhafri Yahya.

Ketika perlawanan hanya tinggal 5 minit, Guilherme De Paula muncul wira KL apabila berjaya menjaringkan gol selepas menerima hantaran lintang dari Hafiz Johar utk memberikan kemenangan 2-1 kepada KL seterusnya membawa pasukan ibu kota itu ke Piala Malaysia 2017.

KL berjaya mengumpul 20 mata selepas tamat pusingan pertama dan menduduki tangga ke-4. KL dipisahkan 7 mata dgn pendahulu liga, NS yang masih lagi belum tewas setelah tamat pusingan pertama.

Guilherme de Paula semakin mengganas

Kuala Lumpur memulakan pusingan ke-2 dgn hadir ke Kangar bagi menghadapi pasukan bermasalah, Perlis pada 5 Mei 2017. Tiada masalah buat pasukan KL apabila membelasah pasukan Singa Utara dgn jaringan 5-0.

Hafiz Johar meletakkan KL di hadapan apabila berjaya menolak masuk bola ke dalam gol hasil hantaran Zaiful Hakim melalui bahagian kanan. Guilherme terus menambah derita pasukan tuan rumah apabila mencipta hatrik pertamanya musim ini apabila melakukannya dalam 11 minit di hujung perlawanan.

Kemudian, Ibrahim Syaihul melengkapkan hari cemerlang Kuala Lumpur apabila menyumbat 1 gol pada masa kecederaan.

Tidak terhenti di situ, KL terus mengganas apabila menerima kunjungan ATM ke Stadium Selayang dalam aksi terakhir sebelum liga berehat bagi menghormati bulan Ramadan.

Nama Guilherme De Paula menjadi sebutan apabila beliau mencatatkan rekod luar biasa dengan menjaringkan kesemuanya gol Kuala Lumpur dalam perlawanan yg berakhir dgn kemenangan besar 6-0 untuk The City Boys. Sekali gus ini menjadikan Guilherme De Paula sebagai pemain KL yg pertama menjaringkan 6 gol dalam 1 perlawanan.

Fabio Magrao mengambil kesempatan rehat panjang ini untuk menguatkan lagi pasukan Ibu Kota dgn membawa masuk pemain import dari Brazil, Paulo Josue untuk menggantikan Modibo Konte yang dipinjamkan ke Perlis bagi baki saingan yang tinggal. Ianya dibuatkan bagi menambahkan kreativiti di bahagian tengah serta menajamkan bahagian serangan Kuala Lumpur.

Setelah berehat panjang, liga bersambung semula pada hari ke-6 Syawal dgn KL berkunjung ke Stadium UiTM untuk menghadapi MISC-MIFA. Perlawanan yang berlangsung dgn cuaca panas terik menyukarkan KL untuk beraksi dgn baik.

Walau bagaimanapun KL berjaya berada di hadapan apabila Paulo Josue menjaringkan gol pada minit ke-28 dalam perlawanan pertamanya bersama Kuala Lumpur. 6 minit kemudian Manaf Mamat menambah jaringan KL apabila menyempurnakan hantaran lintang dari Zaiful Hakim.

MISC-MIFA menggandakan asakan di babak kedua. Hasilnya mereka berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-61 apabila Luiz Eduardo berjaya menyelinap ke dalam kotak penalti apabila tidak dikawal dgn ketat oleh pertahanan KL.

Skuad ibu kota terpaksa beraksi dgn 10 pemain dalam 15 minit terakhir apabila Hisyamuddin Sha’ari dilayangkan kad kuning kedua apabila menjatuhkan pemain lawan di luar kotak penalti. MISC-MIFA terus menekan sehingga babak akhir namun gagal mencari gol penyamaan. KL berjaya mengutip 3 mata penuh dgn jaringan 2-1 pada petang yang sukar.

4 hari kemudian, aksi Piala Malaysia bermula dgn KL berkunjung ke Jengka dalam perlawanan yang berakhir seri tanpa jaringan menentang FELDA.

3 hari selepas itu, KL menerima kunjungan The Bos Gaurus ke Selayang. Fabio Magrao melakukan 9 pertukaran dalam kesebelasan utamanya bagi merehatkan pemain-pemain utama untuk menghadapi pendahulu liga, NS 3 hari kemudian.

Namun ternyata Perak mudah menundukkan KL dgn 3-0 apabila gol mereka dijaringkan kesemua gol di separuh masa ke-2.

Perhitungan genting dengan Negeri Sembilan

10 Julai 2017 – Tarikh yang mengubah haluan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dalam Liga Perdana.

Pendahulu liga, NS hadir ke Selayang dengan reputasi masih belum tewas dalam perlawanan liga menjelang perlawanan yang ditunggu-tunggu. Namun anak-anak buah Fabio Magrao tidak gentar dengan status tersebut.

Baru sahaja 10 minit perlawanan berlangsung, Guilherme De Paula meletakkan KL di hadapan apabila berjaya menanduk bola ke dalam gawang yang dikawal oleh penjaga gol NS, Kaharuddin melalui sepakan percuma dari tengah yang diambil oleh Nicolas Dul.

Kemudian Paulo Josue terus menambah derita The Jang apabila menjaringkan 2 gol dalam masa 5 minit pada minit ke 77 dan 81. Keadaan menjadi cemas buat KL apabila bolos 2 gol di hujung perlawanan apabila Bruno Suzuki dan Farderin Kadir merapatkan kedudukan menjadi 3-2.

Wisel penamat ditiupkan, rekod tanpa kalah Negeri Sembilan berjaya dileburkan oleh KL setelah 15 perlawanan Liga Perdana berlangusng. KL mendahului carta liga setelah kian lama. NS jatuh di tangga ke-2. Mereka hanya dipisahkan dgn 2 mata.

4 hari kemudian, skuad Ibu Kota itu ke Kuantan dalam misi mencatatkan kemenangan ke-8 berturut-turut dalam liga. KL mendahului perlawanan pada minit ke-17 hasil jaringan Hafiz Johar. Namun Ljuba Baranin menyamakan kedudukan 9 minit kemudian.

Bersambung babak ke-2, pesta gol terjadi di Darul Makmur dgn 7 jaringan berjaya dihasilkan pada babak tersebut. KL menjaringkan 5 gol pada babak ke-2, dengan De Paula mencatat hattrick dan Paulo Josue menjaringkan 2 gol utk menjadikan KL mendahului dgn jaringan 6-1.

Kuantan tidak mahu mengalah apabila menjaringkan 2 gol dalam masa 4 minit di hujung babak ke-2 hasil jaringan Ljuba Baranin dan Abdul Malik Mat Ariff, 9 gol terhasil di Darul Makmur dgn perlawanan berpihak kepada KL 6-3.

Bersambung kempen Piala Malaysia, Fabio mengambil peluang merehatkan pemain2 utama apabila bertandang ke Shah Alam untuk mengahadapi PKNS dalam perlawanan yang berkesudahan dgns seri tanpa jaringan.

Ini bagi membolehkan mereka lebih segar untuk “Clash Top Of The Table” 3 hari kemudian di Selayang.

Terengganu berkunjung di KL dalam usaha mengakhiri rekod 8 kemenangan berturut-turut yg dicatatkan oleh KL. Terengganu bermula garang apabila mendahului perlawanan melalui rembatan Kipre Tchchete pada minit ke-19.

KL terus menggandakan asakan pada separuh masa ke-2, hasilnya rembatan jarak jauh De Paula berjaya menyamakan kedudukan buat KL pada minit ke-63. Terengganu dihadiahkan penalti ketika perlawanan berbaki 7 minit apabila Kipre dijatuhkan oleh Boburjon setelah berjaya mengkucar-kacirkan benteng KL.

Ada yang mendakwa Kipre sengaja melayangkan badan, namun pengadil tetap dgn keputusan muktamad memberikan penalty buat Terengganu.

Gabriel Davis mudah menyempurnkan sepakan penalti untuk memberikan kemenangan buat sang Penyu dgn jaringan 2-1. Selepas wisel penamat dibunyikan, Fabio Magrao berang dgn kualiti pengadilan pada perlawanan tersebut.

Dengan keputusan tersebut, Terengganu memintas KL untuk mendahului carta liga, KL pula jatuh ke tangga ke-3. Maka lebur rekod 8 kemenangan berturut-turut utk KL. Keputusan tersebut meletakkan KL dalam situasi sukar dalam memburu tempat ke saingan Liga Super 2018.

KL bangkit dalam Liga Premier

KL kembali bangkit apabila mudah menundukkan PDRM 3-0 di Hang Jebat. Bergelut di babak pertama, KL kembali garang apabila menjaringkan kesemua gol di babak ke-2 hasil jaringan Ashri Chuhcu, sepakan percuma Paulo Josue dan juga sepakan penalti De Paula.

KL kembali merampas kedudukan teratas apabila Terengganu dan NS masing2 terpaksa berpuas hati dgn 1 mata dlm perlawanan yg berlangsung di SSINS dgn keadaan padang yang basah.

KL terpaksa melupakan saingan Piala Malaysia apabila dibelasah oleh FELDA di Selayang dgn jaringan 4-1. 3 hari kemudian mereka juga mudah ditundukkan oleh Perak dgn jaringan 2-0 di Ipoh. Dengan hanya mengutip 2 mata dalam 5 perlawanan.

Maka KL sah tersingkir dari Piala Malaysia. FELDA dan Perak terlalu kuat buat KL.

Dalam perlawanan terakhir sebelum liga berehat utk beri laluan kepada Sukan SEA, misi hidup dan mati untuk KL apabila menerima kunjungan dari pasukan yg mara ke suku akhir Piala Malaysia, PKNP FC. Pasukan yg berpangkalan di Perak itu juga memburu tempat ke Liga Super.

Tugas sukar menanti buat anak-anak buah Fabio Magrao apabila hanya dipisahkan hanya 1 mata dgn PKNP. KL terpaksa menunggu sehingga minit ke-79 untuk menarik nafas lega apabila Raffi Naagorgani tertolak masuk bola ke gawang sendiri ketika lorongan De Paula sudah menemui Zhafri Yahya.

Namun itulah bolasepak, Raffi cuba merampas bola dari Zhafri dan akhirnya terjaringkan gol sendiri. Jaringan sendiri Raffi tersebut sudah cukup utk KL mengutip 3 mata penuh.

3 mata dipisahkan KL dgn pasukan di tempat ke-3 ketika itu NS. KL hanya memerlukan 2 lagi kemenangan berbaki 3 perlawanan yg tinggal dengan PKNP akan melayan kunjungan NS ke Ipoh selepas itu.

Pasca Sukan SEA KL2017

Setelah tamat Sukan SEA, KL menyambung kempen Liga-M dgn melengkapkan jadual Piala Malaysia menentang PKNS.

Kemenangan 2-0 menentang pasukan Liga Super itu sedikit sebanyak memberikan petanda positif untuk KL menghadapi baki saingan yang tinggal. 10 hari selepas kempen Piala Malaysia tamat, KL ke UiTM dalam misi mengutip 3 mata penuh.

UiTM FC bukanlah pasukan yang mudah kerana KL hanya menang sekali dalam 5 pertemuan menentang pasukan universiti tersebut.

Separuh masa pertama, KL ketinggalan apabila Akanni Sunday mudah menolak masuk bola ke dalam gol setelah berlaku pergelutan di dalam kotak penalti. Seakan-akan harapan ke Liga Super sudah semakin pudar ketika itu.

Namun KL melakukan asakan tanpa henti ke kubu UiTM pada separuh masa ke-2, hasilnya KL berjaya menyamakan kedudukan apabila hantaran lintang Paulo Josue berjaya ditanduk ke dalam gol oleh De Paula.

Perlawanan itu nampak berkesudahan dengan seri. Tetapi KL dihadiahkan penalti pada minit kecederaan apabila Manaf Mamat dijatuhkan dalam kotak penalty oleh GK UiTM, Soffuan Tawil yg seterusnya dilayangkan kad kuning ke-2 akibat kesalahan tersebut.

De Paula menewaskan GK gentian UiTM Fc, Haniff Saied utk memberikan 3 mata penuh buat KL. UiTM tewas 2-1 kepada KL. Sementara itu, NS tewas dgn PKNP 3-1. KL dipisahkan 4 mata dgn PKNP yg berada di tangga ke-3. KL hanya memerlukan 3 mata lagi untuk naik ke Liga Super!

KL layak ke Liga Super!

26 September 2017 – tarikh yang dinanti-nantikan oleh penyokong KL apabila menerima lawatan dari pasukan Sabah di Selayang. Sabah yang tampak cemerlang di bawah kendalian Jelius Ating apabila tidak tewas dalam 5 perlawanan terakhir mereka.

KL bermula agak sukar apabila sering kali diasak oleh jentera serangan sang Badak yang diketuai Rodoljub Paunović.

KL akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila De Paula menjaringkan gol pada minit ke-13 hasil hantaran Paulo Josue. 10 minit selepas separuh masa ke-2 bermula, De Paula sekali lagi meledak gol apabila sepakan percuma dari Paulo Josue berjaya disudahkan oleh beliau.

Tamat perlawanan KL menang ke atas Sabah dgn jaringan 2-0 dan AKHIRNYA KEMBALI KE LIGA SUPER SETELAH 5 TAHUN!!!!!!!!

Namun….

Persaingan untuk merebut kejuaraan masih belum berakhir apabila KL dan Terengganu terikat dgn jumlah mata yg sama dan hanya dipisahkan melalui perbezaan jaringan.

Terengganu harus mencatatkan keputusan yang lebih baik dari KL seandainya mahu menjuarai Liga Perdana. KL pula hanya harus menyamai keputusan yg dicatatkan oleh Terengganu dalam perlawanan terakhir Liga Perdana.

Bukan tugas yang mudah apabila KL terpaksa menghadapi pasukan JDT2 bimbingan Benjamin Mora yang penuh dgn bekas pemain Harimau Muda. Sementara itu, Terengganu terpaksa berhadapan dgn PKNP FC di Ipoh.

KL juara liga!

KL ke Pasir Gudang dgn misi yang tersendiri – iaitu mahu menamatkan kemarau 17 tahun tanpa sebarang kejuaraan. Sudah semestinya KL mahu menamatkan musim yg cemerlang ini dgn kemenangan.

Namun pada malam tersebut segala-galanya tidak menjadi apabila KL bolos seawal minit ke-3 melalui jaringan Jeromino Barrales. Kemudian D. Saarvindran menambah derita pasuka ibu Kota pada minit ke-20 sebelum Nicolas Fernandez menjaringkan gol pada minit ke-59 melalui sepakan percuma yang cantik.

De Paula merapatkan jurang melalui sepakan penalti 3 minit kemudian. KL tewas 3-1 dgn JDT2. KL terpaksa menanti khabar dari Ipoh untuk mengetahui keputusan antara PKNP dan Terengganu.

Khabar gembira dari Ipoh buat penyokong KL, Sang Penyu juga terkulai di tangan PKNP FC walaupun sudah mendahului. Diikat dgn mata yg sama, namun kelebihan jaringan berpihak kepada Kuala Lumpur maka dengan ini disahkan KL menjadi JUARA LIGA PERDANA 2017!!!!!!

Dengan itu maka KL BERJAYA MENAMATKAN PENANTIAN SELAMA 17 TAHUN UNTUK MERAIH KEJUARAAN!

SEE YOU AGAIN IN SUPER LEAGUE 2018!

Sampai Mati Kuala Lumpur
Semangat KL Semangat

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Ainul Hazeem Ainuddin, penyokong tegar Kuala Lumpur FA paling fanatik pernah kami jumpa. Beliau tidak pernah terlepas sebarang perlawanan home melibatkan Kuala Lumpur pada musim 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN