‘Rumput Seperti Di SSI’ – TMJ Taja Rumput Untuk SNBJ

Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah bakal menaja segala kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Bukit Jalil menerusi laman rasmi Facebook sebentar tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, TMJ bakal menaja rumput sejenis Zeon Zoysia yang sama digunakan di Stadium Sultan Ismail sebelum ini bagi meningkatkan kualiti stadium berkenaan.

“Saya telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

“Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.

“Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak,” jelas TMJ dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Untuk rekod, kali terakhir stadium tersebut digunakan adalah pada tahun lalu bagi final saingan Piala Malaysia edisi yang ke-100 dimana Kuala Lumpur City muncul juara bagi mengejutkan JDT dengan keputusan 2-0.

Selain itu, SNBJ juga merupakan laman rasmi bagi skuad Harimau Malaya beraksi pada perlawanan antarabangsa dan stadium tersebut pernah dinobatkan juara bagi Anugerah Stadium Terbaik Dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada di Kongres Stadium Dunia 2018.

Mengenai rumput yang digunakan pula, selain digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, jenis rumput yang sama juga telah digunakan sebelum ini dalam aksi Piala AFF 2020 di Singapura bagi Stadium Bishan dan Stadium Nasional untuk memberi kualiti yang lebih baik buat setiap pasukan mempamerkan aksi yang berkualiti.

Untuk Stadium Sultan Ibrahim, rumput tersebut telah diimport dari Jepun sebelum ini hasil rundingan bersama Mr Hiroi selaku perunding padang yang melihat kualiti rumput tersebut mampu dijaga dengan baik serta tahan lasak jika saliran air mampu dikawal dengan rapi.

Dengan keadaan padang berkualiti yang ditampilkan oleh kelab berkenaan, Stadium Sultan Ibrahim kini menjadi antara stadium terbaik di Asia Tenggara dan bakal menjadi gelanggang utama bagi Kumpulan I yang turut diwakili JDT, Kawasaki Frontale, Guangzhou FC, serta Ulsan Hyundai atau Port FC yang bakal ditentukan menerusi perlawanan play-off dalam saingan ACL 2022 yang bakal membuka tirai tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN