“Impian Untuk Beraksi Tidak Kesampaian” – Tchetche Kipre Akur Menanti Bulan Depan Sebelum Beraksi

Penyerang import berbisa, Tchetche Kipre nyata sedikit kecewa dengan situasi yang melanda dirinya dan rakan sepasukan apabila terpaksa akur untuk menanti lebih lama bagi membuat penampilan sulung bersama Terengganu pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Hal ini disebabkan lawan mereka seterusnya pula iaitu Negeri Sembilan sah 15 orang pemain dan tiga pegawai skuad tersebut dijangkiti Covid-19 sebelum bertemu Terengganu yang dijadualkan semalam.

Walaupun keputusan tersebut menjejaskan sedikit moral dan motivasi rakan sepasukan setelah apa yang mereka usahakan sebelum itu dalam pra-musim, nyata Kipre aku tanpa sebarang bantahan dengan penundaan tersebut dan menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

“Kini saya sudah cergas sepenuhnya untuk memulakan sepak mula Liga Malaysia (Liga M) walaupun ketika aksi pramusim saya mengalami sedikit masalah kesihatan.

“Begitu juga dengan rakan sepasukan yang bagaikan tidak sabar lagi untuk turun beraksi buat kali pertama musim ini bagi mengutip mata maksimum sekali gus menyuntik semangat untuk aksi pusingan pertama Piala FA minggu depan.

“Namun malangnya impian untuk beraksi tidak kesampaian kerana perlu menanti pada bulan depan sebelum dapat membuat penampilan sulung bersama TFC musim ini, tapi saya akur dengan situasi terkini itu,” katanya menerusi Harian Metro.

Dalam masa sama ketika ditanya Kipre mengenai prestasi semasa pasukan, jelas bekas penyerang Kedah itu mengakui pasukan diwakilinya sekarang mempunyai barisan pemain yang sangat berkaliber selain dihiasi muka-muka pemain muda yang sangat berbakat besar. Tambahan lagi, sentuhan Nafuzi Zain juga diyakini pemain itu mampu memacu kelab ke arah lebih tinggi musim ini.

“Pada 2018 dan 2019, saya pernah beraksi bawah Nafuzi ketika beliau menjadi pembantu ketua jurulatih Irfan Bakti Abu Salim, jadi sudah tentu saya sudah biasa dengan corak latihan beliau kerana masing-masing ada kekuatannya yang tersendiri untuk muncul juara.

“Namun apa yang penting saya gembira dapat kembali menabur bakti bersama pasukan TFC ini,” kata Kipre yang pernah mewakili kelab Al-Suwaiq di Oman itu.

Sebelum itu, Terengganu terpaksa melupakan hasrat mereka untuk beraksi pada perlawanan pertama Liga Super musim 2022 setelah lawan mereka, Sri Pahang mempunyai 22 pemain yang sah positif Covid-19 pada 5 Mac lalu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN