Rummenigge Sahkan Tuchel Tolak Tawaran Bayern Munich Kerana Dah Setuju Sertai Pasukan Lain

Bukannya rahsia lagi, Bayern Munich memang mahukan Tuchel menggantikan Jupp Heynckess selepas tamat musim ini. Hal itu disahkan sendiri oleh CEO Bayern Munic, Karl-Heinz Rummenigge.

Heynckess dikatakan tidak akan menandatangani kontrak tetap dengan Bayern Munich selepas tamat tempoh interim beliau. Heynckess keluar daripada persaraan demi Bayern Munich selepas kelab tersebut memecat Ancelotti.

Apa yang pasti, Heynckess berpeluang untuk mengulangi kejayaan beliau membantu Bayern Munich menjuarai treble ‘besar’ terakhir kelab itu. Bercakap kepada Sky Sports, Rummenigge berkata:

“Saya bekerja setiap hari dan kami akan mengesahkan jurulatih baru kami pada akhir bulan April ini.”

“Buat masa ini, kami tidak tergesa-gesa, kami tenang. Kalau boleh, kami mahukan jurulatih yang boleh berbahasa Jerman.”

Ditanya tentang berita yang mengaitkan Bayern Munich ada menghubungi Tuchel, Rummenigge menjawab:

“Pengarah Sukan kami, Hasan Salihamidzic sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa jurulatih. Jumaat lalu, kami dimaklumkan pihak Tuchel yang beliau sudah menandatangani kontrak dengan kelab lain.”

“Kami harus menerima perkara itu, tetapi ianya bukan masalah bagi kami.”

Dengan kenyataan daripada Rummenigge ini, persoalan kini adakah benar Tuchel akan ke Arsenal? Ini selepas media melaporkan beliau menolak Bayern Munich demi Arsenal.

Ramai juga menganggap laporan itu sebagai pelaris berita. Mustahil Tuchel menolak tawaran Bayern Munich. Namun Rummenigge mengesahkan Tuchel memang menolak Bayern Munich untuk kelab lain.

Tidak pasti sama ada ianya kerana Arsenal ataupun kelab lain.

Ini kerana, PSG juga dilaporkan berminat dengan pengendali dari Jerman itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN