Untuk pengetahuan semua, sebenarnya sesi kelayakan Piala Dunia 2022 sudah pun bermula di zon Afrika. Pusingan pertama menyaksikan 28 pasukan tercorot dalam ranking FIFA diundi bersama dalam pertembungan kalah mati.
14 pemenang pertembungan itu akan dipertemukan dengan 26 pasukan berkedudukan teratas ranking FIFA untuk pusingan kedua.
Direjam
Sierra Leone telah diundi bertemu Liberia. Pada perlawanan pertama Liberia menewaskan Sierra Leone dengan skor 3-1.
Namun begitu, pada perlawanan timbal balik di Sierra Leone, pasukan tuan rumah tersebut gagal memanfaatkan peluang untuk mengikat Liberia.
Perlawanan timbal balik yang diadakan pada semalam menyaksikan gol tunggal Kei Kamara mendekatkan agregat kepada 3-2. Tuan rumah dihadiahkan penalti pada minit kecederaan separuh masa kedua.
Gagal
Umaru Bangura gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Jika Bangura berjaya menjaringkan penalti itu, Sierra Leone mengikat Liberia menerusi agregat 3-3 dan Sierra Leone akan mara ke pusingan kedua kelayakan.
Penyokong tuan rumah berang dengan kegagalan Bangura yang merupakan kapten pasukan. Di peringkat kelab Bangura adalah pemain FC Zurich dalam Liga Switzerland.
Entah bagaimana, para penyokong mengetahui rumah Bangura. Mereka membaling batu mengenai pintu dan tingkap. Rumahnya rosak teruk dek kejadian itu.
Mengamuk
Sebelum itu, penyokong juga telah merosakkan sebuah ambulans yang diparkir di stadium. Menurut menteri sukan negara tersebut, beliau menyatakan kekecewaan terhadap kelakuan penyokong.
Bangura memohon maaf di atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti itu. Harapnya kejadian sebegini tidaklah menjadi di negara kita.
Penyokong kita memang bertamadun kan?