“Rugi Kita Ada Empat Import Serangan Tapi Tak Manfaat Sebaiknya” – Rezal Zambery Yahya

Pengendali Kelantan, Rezal Zambery Yahya nyata kecewa dengan ketumpulan jentera serangan pasukan kendalian beliau selepas melihat banyak peluang hadapan gol yang dilepaskan sehingga mereka tersingkir lebih awal dalam saingan Piala FA musim ini.

Walaupun mereka berjaya mendapat gol pertama menerusi tonggak import dari Lubnan iaitu Fadel Antar pada awal separuh masa pertama, hasil kelalaian jentera pertahanan pula menyebabkan lawan, Petaling Jaya City lebih bijak mendominasi peluang untuk diterjemahkan dalam bentuk gol.

Dalam aksi semalam, Kelantan ditunjukkan jalan keluar dengan lebih awal setelah tewas di tangan PJ City dengan keputusan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam aksi yang sangat sengit.

“Ia seperti mana apa yang saya rancangkan taktikal tak menjadi, dan pada saya pemain-pemain perlu perbaiki dari segi kelemahan-kelemahan yang ada terutamanya selepas kita mendahului.

“Kita ada potensi untuk bersaing tapi kesilapan-kesilapan yang saya rasa dilakukan oleh pemain kita itu yang menghukum kita. Selepas itu kita kena tengok dari segi gol keper dan serangan, kita juga mempunyai peluang tetapi tidak direalisasikan kepada jaringan dan membuatkan kita tewas.

“Saya memang agak kecewa sebabnya peluang-peluang yang terhidang di depan gol sepatutnya dimanfaatkan. Bukan satu peluang saya rasa, banyak peluang kita peroleh dan ini sepatutnya kesalahan pada kita.

“Jadi bermaksud apabila kita berada di situasi genting seperti ini peluang untuk jaringkan gol itu dilaksanakan supaya kita lebih selesa mendahului dan disamping itu kita boleh merancang taktikal yang lain,” kata bekas pemain kebangsaan itu dalam sidang media menerusi Harian Metro.

Jelas pengalaman kedua pasukan menjadi pemisah dari segi kekuatan walaupun Kelantan hadir dengan empat tonggak import di bahagian serangan. Kehadiran Nathanael Siringoringo, Nyxon Guylherme, Kerverns Belfort, dan Fadel Antar gagal untuk menembus masuk bahagian pertahanan lawan yang hanya dibarisi pemain tempatan.

“Sudah tentu kita kena tumpukan bahagian serangan kita, rugi lah kita ada empat pemain (import) serangan, tapi masih lagi tak dapat manfaatkan peluang.

“Apa pun yang positif saya boleh katakan kita boleh cipta peluang, bermakna peluang untuk menjaringkan gol itu ada, dan itu yang baik. Tapi apa yang perlu dibaiki adalah perlu diterjemahkan kepada jaringan,” tambah Rezal lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN