Rudiger Mengaku Bukan Niatnya Untuk Cederakan De Bruyne

Pemain Chelsea, Antonio Rudiger mengaku bukanlah niat di hatinya untuk mencederakan bintang Manchester City, Kevin De Bruyne sehinggakan mengundang perkara serius.

Kecederaan yang dialami oleh De Bruyne berlaku selepas pemain itu bertembung dengan Rudiger pada minit ke-56 pada aksi akhir UEFA Champions League tempoh hari di Porto.

Hasil dari pertembungan tersebut memusnahkan malam De Bruyne selepas pemain itu terpaksa di bawa keluar dan digantikan dengan Gabriel Jesus lima minit berselang.

Bercakap di laman Twitternya, Rudiger jelas sekali berasa tidak seronok melihat apa yang berlaku.

“Saya amat bersimpati terhadap kecederaan yang dialami Kevin De Bruyne. Semestinya saya tidak sengaja melakukan perkara tersebut.”

“Saya sudah menghubungi secara peribadi dan saya berharap beliau akan cepat sembuh serta berharap akan dapat melihat beliau kembali semula di padang sepantas boleh.”

Dalam masa yang sama, De Bruyne turut menyatakan yang dirinya baik-baik saja selepas insiden tersebut walaupun dirinya kecewa pasukannya tumbang pada perlawanan akhir.

Beliau mengatakan yang dirinya mengalami kecederaan di bahagian hidung serta mengalami patah di bahagian tulang orbit kirinya.

“Hai semua saya baru saja pulang dari hospital. Pemeriksaan mendapati yang saya mengalami patah dibahagian hidung serta tulang orbit kiri saya.”

“Saya berasa okay sekarang. Jelas sekali masih kecewa dengan semalam [keputusan perlawanan akhir] tetapi kami akan bangkit semula.”

Dengan saingan EURO semakin hampir, kedudukan De Bruyne menjadi tanda tanya dengan pemain itu dijangka tidak akan diturunkan dalam beberapa perlawanan awal Belgium.

Manchester City tumbang ditangan Chelsea dalam aksi akhir UCL tempoh hari hasil jaringan Kai Havertz.

Baca juga artikel kami mengenai Kevin De Bruyne:

Oscar Dedah Sebab De Bruyne Dan Salah Gagal Menyerlah Bersama Chelsea

Kevin De Bruyne: Agak Aneh Beraksi Sebagai Penyerang

Kevin De Bruyne: Saya Tak Mampu Ikut Cara David Silva

Leave a Reply