Pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger akan menanggung kos katering untuk jururawat di Hospital Berlin untuk tempoh tiga bulan sebagai cara untuk berterima kasih kepada bandar tersebut di atas ‘sumbangan’ dan ‘peluang’ yang diberikan kepadanya semasa kecil.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Chelsea di dalam laman web rasmi kelab yang menyatakan ketika pandemik COVID-19 semakin serius di Jerman, Rudiger telah membuat sumbangan kewangan untuk membantu hospital yang merupakan tempat beliau dilahirkan pada tahun 1993.
“Saya telah menghubungi Hospital Berlin sebelum Hari Easter dan bertanya apa yang boleh saya bantu mereka dengan keadaan sekarang ini,” kata Rudiger.
Antonio Rüdiger is helping out the hospital he was born in by paying for the nurses' catering during the coronavirus outbreak.
— DW Sports (@dw_sports) April 22, 2020
His financial donation will help the Berlin Charité hospital for at least the next three months.
🇩🇪💪 pic.twitter.com/hb3ZDsv1L3
“Mereka katakan kepada saya situasi semasa di hospital berkenaan menjadikan agak sukar untuk menguruskan bekalan makanan kepada jururawat kerana kantin hospital telah ditutup pada waktu ini dan begitu juga dengan restoran di sekitar hospital.
“Jadi saya memutuskan untuk menanggung kos katering sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan. Saya berterima kasih kepada Berlin di atas semua memori saya sewaktu kecil di bandar itu.
“Sekarang adalah masa untuk saya membalas semula dengan memberikan apa yang sewajarnya dan diharapkan situasi di sana akan bertambah baik tidak lama lagi.”
🇩🇪 💪🏽 Antonio Rüdiger is helping out the hospital he was born in by paying for the nurses' catering during the COVID-19 crisis
— Football Fans Tribe 🇳🇬 ⚽ (@FansTribeHQ) April 22, 2020
His financial donation will help the Berlin Charité hospital for at least the next 90 days. pic.twitter.com/BgTc35w7i6
Setakat ini, data menunjukkan wabak COVID-19 telah berjangkit kepada 2.6 juta orang di seluruh dunia dengan rekod 183,700 orang telah meninggal dunia. Jerman setakat ini telah mencatatkan lebih 148,000 kes dengan kematian telah mencecah lebih 5,000 orang.
Selain menyumbang kepada Hospital Berlin, Rudiger juga merupakan salah seorang pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang komited dalam memberikan sumbangan kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di Britain di bawah kempen tabung sumbangan #PlayersTogether.
Selain itu, beliau dan beberapa pemain EPL lain iaitu Mesut Ozil, N’golo Kante, Callum Hudson Odoi dan Olivier Giroud telah menyumbang 60,000 topeng kepada negara asal ibunya, Sierra Leone.
Bapa Rudiger adalah orang Jerman tetapi juga berketurunan Afrika dari negara Sierra Leone. Boleh dikatakan keluarganya merupakan pelarian dari Afrika disebabkan perang saudara yang melanda negara tersebut satu masa dahulu.
🇸🇱 Chelsea quartet Antonio Rüdiger, N'Golo Kanté, Callum Hudson-Odoi, Olivier Giroud & Arsenal midfielder Mesut Özil have all donated $5,000 each to fund 60,000 facemasks in Sierra Leone to help reduce the spread of coronavirus.
— TEAMtalk (@TEAMtalk) April 23, 2020
Classy gesture from everyone involved. 👏 pic.twitter.com/QwqqCtiuOI
Membesar di sebuah kejiranan yang majoritinya terdiri daripada golongan imigran tentunya tidak mudah kerana hidupnya dibelenggu dengan kemiskinan. Tetapi Rudiger mengakui dirinya tidak pernah melupakan asal usul dari mana darah yang mengalir dalam tubuhnya itu.
Beliau pernah mengunjungi Sierra Leone semasa berusia 15 tahun dan mahu kembali ke sana semula untuk melihat situasi semasa adakah keadaan sudah bertambah baik. Beliau percaya negara itu memerlukan bantuan dan berjanji untuk membantu setakat mana yang beliau mampu.
Beliau mula bermain bola sepak dengan sebuah kelab kecil di Berlin, VfB Sperber Neukolln. Selepas itu semasa zaman remajanya menyaksikan beliau berpindah ke beberapa kelab kecil yang lain seperti SV Tasmania Berlin, Neukollner Sportfreund dan Hertha Zehlendorf sebelum menyertai akademi Borussia Dortmund.
Sierra Leonean-German defender Antoni Rüdiger has donated US $101,000 to support Free Quality Education in Sierra Leone.
— GYAMFI'S COLUMN & TV (@GyamfisColumn) January 21, 2020
Rüdiger who plays for English side Chelsea FC and Germany national team, was born of German father and Sierra Leone mother. #BringBackTheLove #GPLwk5 pic.twitter.com/6hMKpYYKOr
Beliu akhirnya diikat oleh VfB Stuttgart dan menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab tersebut pada 2012.
“Terima kasih kepada kawan-kawan saya di jalanan dan juga rakan-rakan sepasukan di bilik persalinan, saya tidak pernah rasa berseorangan.
“Jerman adalah negara tempat saya membesar sebagai seorang manusia dan akhirnya takdir menjadikan saya sebagai pemain bola sepak. Adalah menjadi kebanggaan pada saya untuk mewakili dan menyarung jersi negara itu.”
Antonio Rudiger set to sign for Roma from Stuttgart – report: Antonio Rudiger has attracted… http://t.co/JiDLkjENmD pic.twitter.com/rG2DmmxVUi
— ASRoma_MP (@ASRoma_MP) August 19, 2015
Rudiger adalah contoh seorang manusia yang berjaya mencapai cita-citanya walaupun mempunyai susur galur dalam keluarga pelarian. Beliau tidak pernah memilih untuk lahir dalam keadaan itu, tetapi apa yang beliau dapat adalah peluang.
Beliau beruntung kerana Jerman telah memberikan ruang dan peluang kepada golongan dari keluarga imigran sepertinya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seperti manusia yang lain yang juga mempunyai impian. Kini beliau kembali membalas jasa apabila sudah berjaya.