Roy Keane Tempelak Hos TV Yang Kata Jamie Vardy Comel, Itu Penipu!

Hos ITV, Mark Pougatch cuba bergurau menyatakan Jami Vardy comel, tetapi Roy Keane terus membalas menyatakan Jamie Vardy penipu.

Roy Keane nampaknya bersetuju dengan Samir Nasri bahawa Jamie Vardy penipu.

Jadi, Samir Nasri tidak boleh lagi berkata semua media di England membela pemain Inggeris. Roy Keane rasanya bantai semua yang dia rasa tak betul.

Keane adalah pengulas yang memang cakap lepas atapun bahasa pasar, jenis yang sound direct!

Dalam insiden kad kuning kedua melibatkan Samir Nasri, pemain Leicester City, Jamie Vardy menunjukkan dia dihantuk dan hampir rebah.

Sevilla kehilangan pemain paling berpengaruh mereka musim ini dalam usaha mereka untuk bangkit dalam perlawanan ini.

Jamie Vardy juga turut cemerlang dengan memberikan masalah kepada Sevilla sepanjang perlawanan.

Roy Keane mengulas tentang insiden tersebut dalam rangkuman perlawanan dan menuduh Jamie Vardy adalah penipu.

Keane juga memberitahu hos siaran, Mark Pougatch, aksi Jamie Vardy itu tidak comel langsung.

Ia respon kepada Mark Pougatch yang bergurau dan berkias tentang cara Vardy berlakon sakit sampai hampir rebag sebagai comel (cute).

Keane nampaknya tidak suka buat bergurau benda-benda seperti ini.

Keane berkata:

“Reaksi Jamie Vardy, anda sepatutnya tidak gembira melihat apa yang dia lakukan.”

“Itu bukannya cute. Dia sedang melakukan penipuan. Sudah pastinya pengadil juga betul melayangkan kad kuning dan Samir Nasri dibuang padang.”

“Tapi Vardy seharusnya bersikap lebih baik daripada itu.”

Sevilla tewas 2-0 di Kingpower Stadium, sekaligus Leicester City mara ke suku akhir dalam cubaan pertama mereka di UCL.

Mungkin Mark Pougatch selepas ini boleh bertanya kepada Keane, reaksi beliau apabila Samir Nasri mengkritik media Inggeris yang suka membela pemain-pemain Inggeris.

Baca juga: Samir Nasri Kutuk Vardy Penipu, Kritik Layanan Media England

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN