Video: Datang Semula Ke Kingpower, Martin O’ Neil Panggil Kante Judas

N’golo Kante meluangkan masa beliau untuk menyaksikan perlawanan di antara Leicester City dan Sevilla.

N’golo Kante tumpang gembira di atas kejayaan rakan-rakan beliau dan bekas kelabnya Leicester City untuk mara ke suku akhir.

Ramai penyokong Chelsea dan Leicester City tumpang gembira dan terharu melihat reaksi Kante yang penuh senyuman melihat rakan-rakan beliau di padang.

Namun, Martin O’Neil bergurau dengan menyampuk sedikit memanggil Kante Judas. Ia diikuti dengan ketawa oleh O’Neil dan pundit yang lain.

https://twitter.com/1811MAG/status/841768821643980800

O’Neil bergurau, kerana ‘belotnya’ Kante ke Chelsea membuatkan Leicester payah betul dalam kempen musim ini.

Mereka seakan-akan masih terasa bahana minggu cerita ‘Judas’. Sebelum ini, Jose Mourinho dipanggil Judas oleh penyokong Chelsea ketika berkunjung semula ke Stamford Bridge.

Mourinho membalas, ‘Judas ini masih no.1’ ataupun yang terbaik. Kante pun masih ‘Judas’ yang terbaik dalam sejarah Leicester City buat masa ini.

Baca juga: Roy Keane Tempelak Hos TV Yang Kata Jamie Vardy Comel, Itu Penipu!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN