Roy Hodgson: “Liverpool Takkan Kekal Lama Di Kedudukan Teratas Liga”

Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson meramalkan Liverpool akan kehilangan mata dalam perlawanan yang seterusnya sehingga terlepas peluang merebut takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kekalahan mengejut 3-2 Manchester City kepada Palace kelmarin menyaksikan Liverpool yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Wolves 2-0 sehari sebelum itu memiliki kelebihan empat mata di persada liga.

Skuad kendalian Juergen Klopp itu merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas ketika mereka dalam misi mengejar kejuaraan liga yang pertama sejak tahun 1990.

Bekas pengendali The Reds, Hodgson, bagaimanapun, menegaskan masih banyak lagi kejutan yang bakal menanti mereka.

“Pep Guardiola merupakan seorang yang sangat bijak.

“Saya tidak berasakan beliau begitu bimbang mengenai ketinggalan empat mata ketika saingan berbaki 20 perlawanan,” katanya.

https://twitter.com/TheSwypeSports/status/1076522364341575683

“Salah satu pasukan dalam liga akan mencari jalan untuk mengalahkan Liverpool. Perjalanan masih jauh untuk bergelar juara.

“Saya pasti satu-satunya kekecewaan yang dihadapi Guardiola adalah menyaksikan pasukannya mengawal permainan tetapi gagal melunaskan peluang meledak gol.” katanya ketika diminta mengulas aksi pasukannya menentang Manchester City.

Manchester city akan bangkit

City akan berdepan aksi ‘Boxing Day’ yang mencabar apabila bertemu Leicester City yang menewaskan Chelsea di Stamford Bridge sesuatu yang gagal dilakukan anak buah Pep Guardiola.

Kemudian mereka akan berkunjung ke Southampton pada 30 Disember sebelum membuat perhitungan dengan barisan pemain Klopp bagi membuka tirai kempen tahun baru.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Kami berada di bulan Disember dan kami akan cuba bangkit untuk kembali memenangi perlawanan. Masih banyak perlawanan yang perlu diharungi.

“Kami perlu segera bangkit dan kembali menguatkan mental dan fizikal kami,” kata Guardiola.

Anak Guardiola membuka jaringan di babak pertama menerusi Ilkay Gundogan tetapi anak buah Roy Hodgson bangkit mendahului permainan menerusi Jeffrey Schlupp, Andros Townsend dan penalti Luka Milivojevic.

Kevin De Bruyne merapatkan jurang pada minit ke-85 tetapi tidak mencukupi untuk mencetus kebangkitan City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN