Roy Hodgson Tak Tahan Lagi, Akhirnya Buka Mulut Isu Kane Ambil Sepakan Penjuru

Roy Hodgson menyatakan beliau selama ini agak tertekan dengan ramai pihak yang mengutuk dan mempertikaikan arahan pasukan (team order) beliau.

Ianya melibatkan isu Harry Kane yang disuruh mengambil sepakan penjuru ketika era beliau menjadi pengurus.

Antara yang bising termasuk pemain seperti Wayne Rooney, bekas-bekas pemain England dan ramai lagi.

Roy Hogdson melabel kritikan yang dilemparkan kepada beliau sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Roy menguruskan England untuk 2 kejohanan besar dan meletak jawatan selepas tersingkir di Piala Eropah di tangan Iceland.

Beliau berkata:

“Saya tidak rasa tindakan saya mengarahkan Hary Kane untuk mengambil sepakan penjuru adalah membunuh diri.”

“Saya tidak ada keraguan tentang apa yang saya buat selepas 4 tahun menguruskan England. ”

“Terutama sekali pada 2 tahun terakhir selepas Piala Dunia, kami membentuk pasukan dengan ramai pemain muda.”

“Ada antara mereka yang kurang menjadi di kelab, tetapi dengan sistem yang kami ada, mereka bermain sangat baik di peringkat kebangsaan.”

“Tentang kekalahan kepada Iceland, saya anggap ia peristiwa bersejarah.”

“Saya tak perlu nak menonton perlawanan itu kembali.”

“Tentang isu Harry Kane mengambil sepakan penjuru, ianya idea saya dan saya rasa ia idea sempurna sebab itu dia diarah melaksanakannya.”

“Orang yang mengkritik Harry Kane mengambil sepakan penjuru yang harus berasa malu, bukannya saya.”

“Kenapa Kane tidak boleh mengambil sepakan penjuru? Ramai penyerang yang bagus juga mengambil sepakan penjuru jika mereka memiliki hantaran yang sangat baik.”

Baca juga: Budak Milo Pertama Dilayangkan Kad Merah Di Ireland

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN