Rooney: “Mudah Sangat Semua Pihak Nak Salahkan Mourinho”

“Mudah sangat semua pihak nak salahkan Mourinho, apabila barisan pemain sepatutnya lebig bertanggungjawab untuk beraksi lebih baik,” ujar bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Pengurus dari Portugal itu menjadi perhatian ramai selepas Manchester United melalui permulaan terburuk dalam kempen Liga Inggeris sejak 29 tahun yang lalu.

“Pemain-pemain juga pengurus, ia bukan permulaan yang baik buat semua. Saya tahu ramai pihak menuding jari kepda Jose [Mourinho] kerana beliau adalah pengurus.

(Photo by Kieran Galvin/NurPhoto via Getty Images)

“Tetapi pada masa yang sama pemain-pemain turut perlu lebih bertangungjawab atas aksi mereka di atas padang,” kata Rooney.

Pada hujung minggu lalu Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 di Old Trafford selepas beberapa media di UK sebelum itu berkata Mourinho akan dipecat walau apa pun keputusan perlawanan tersebut.

Namun lembaga pengarah kelab tersebut menampilkan sokongan terhadap pengurus berusia 55 tahun itu sebelum perlawanan, dan Mourinho berkata beliau boleh berhadapan dengan segala tekanan yang disasarkan kepada dirinya.

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 06: The scoreboard displays the final score during the Premier League match between Manchester United and Newcastle United at Old Trafford on October 6, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Mourinho turut berkata ianya seolah-olah segala apa yang berlaku adalah kesalahan beliau seorang, mengambil analogi semua pihak seperti menuding jari kepada beliau jika hujan turun di London dan masalah dalam rundingan Brexit.

“Pengurus boleh berusaha melakukan apa sahaja, tetapi ia masih terpulang kepada pemain yang berada di atas padang untuk menghasilkan prestasi yang cemerlang di atas padang secara kolektif,” kata Rooney seperti yang dipetik daripada akhbar Telegraph.

Rooney meninggalkan Manchester United pada 2017 untuk menyertai Everton pada 2017, sebelum berhijrah ke MLS untuk bersama DC United pada musim panas lalu.

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 06: Jose Mourinho head coach / manager of Manchester United reacts during the Premier League match between Manchester United and Newcastle United at Old Trafford on October 6, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Rooney turut beraksi di bawak kendalian Louis van Gaal di Old Trafford.

Pengurus dari Belanda itu turut dipecat dari Old Trafford selepas dua musim walaupun berjaya membawa kelab tersebut menjuarai Piala FA pada Mei 2016.

“Saya turut mengatakan perkara yang sama ketika Louis van Gaal mengendalikan United. Beliau dipertanggungjawabkan dengan prestasi pasukan, namun saya juga berkata kepada rakan sepasukan ketika iyu, ‘kami harus beraksi lebih baik’.

“Secara peribadi saya berpendapat Van Gaal melakukan tugas beliau dengan baik sekali. Tetapi ia adalah kami sebagai pemain yang gagal menterjemahkan perancangan beliau.

“Mungkin perkara yang sama turut diperkatakan di kalangan pemain di Old Trafford pada hari ini,” ujar Rooney lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN