Julian Draxler Sifatkan Keupayaan Kylian Mbappe Sebagai Satu Fenomena

Kylian Mbappe

Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Julian Draxler menghamburkan kata-kata pujian buat rakan sepasukannya, Kylian Mbappe dengan menyifatkan keupayaan pemain berusia 19 tahun itu sebagai satu fenomena.

Mbappe yang menjadi nadi utama buat Perancis dalam menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia, telah menghasilkan 10 gol selepas mengharungi tujuh perlawanan saingan Ligue 1.

Empat jaringan daripada 10 gol tersebut terhasil pada aksi hujung minggu lalu menentang Lyon yang menyaksikan beliau turut berjaya mencipta dua rekod peribadi.

Bagi Draxler, beliau begitu tertarik dengan kepantasan yang dimiliki Mbappe.

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 18: Kylian Mbappe of Paris Saint-Germain runs with the ball during the Group C match of the UEFA Champions League between Liverpool and Paris Saint-Germain at Anfield on September 18, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Pada pendapat saya, anda tidak perlu mengatakan apa-apa mengenai ‘budak’ (Kylian Mbappe) ini. Dia merupakan satu fenomena,” jelas Draxler menurut sumber Goal.

”Dia memiliki kepantasan larian yang begitu hebat dan saya merasakan tidak ramai pemain yang mempunyai kepantasan larian sepertinya dalam dunia bola sepak.”

”Dia begitu berbahaya di hadapan gol dan saya turut merasakan bahawa semua orang berbangga kerana dia menjadi sebahagian daripada pasukan kami.”

PSG kini gah berada di puncak liga walaupun perlawanan baru sahaja berlangsung sembilan perlawanan selepas mereka berjaya mengutip mata maksimum 27 mata serta menjaringkan 36 gol untuk lapan mata dihadapan pasukan di tangga kedua, Lille OSC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN