Ronnie Fernandez Kini Makin Berbisa Selaku Penggempur Utama Selangor

Pemain import baharu Selangor, Ronnie Fernandez kini telah membuktikan beliau merupakan pemain yang sangat layak untuk menyarung jersi pasukan tersebut selaku penggempur utama musim ini.

Selepas ketiadaan penjaring berbisa musim lalu iaitu Ayron Del Valle, ramai menjangkakan The Red Giants mungkin bakal menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pengganti terbaik.

Kemasukan Ronnie pada awal musim sebenarnya sedikit diragui selepas beliau tidak begitu menyerlah pada beberapa aksi pramusim daripada segi kualiti penyudah.

Walaupun hadir dengan reputasi cukup tinggi selaku bekas penyerang kebangsaan Chile, apa diingini oleh para penyokong buat Ronnie gagal diterjemahkan pada awalnya.

Namun, persefahaman beliau akan corak permainan di Malaysia serta terapan taktikal Nidzam Jamil buat pasukan perlahan-lahan diterima Ronnie sehingga beliau mampu untuk menjadi imej baharu selaku penggempur berbisa The Red Giants.

Catatan rekod semasa Ronnie juga semakin menyakinkan, apabila penyerang bertubuh tegap ini sudah pun diberi peluang beraksi sebanyak empat perlawanan dan telah merekodkan tiga jaringan secara keseluruhan.

Ini termasuk ketika dua jaringan peribadi dilakar Ronnie sewaktu Selangor mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Perak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Salah satu perkara menjadikan Ronnie sangat berharga buat Selangor kini pastinya terarah kepada kawalan bola beliau yang sangat baik selain kemampuannya untuk menghidu setiap peluang dibuka rakan sepasukan lain.

Pemain berusia 33 tahun ini juga bijak menggunakan kekuatan fizikal beliau untuk berhadapan lawan selain tekanan-tekanan tinggi dilakukan sepanjang tempoh beraksi di atas padang.

Momentum positif Ronnie ketika ini sudah tentu ditagih oleh para penyokong untuk terus dikekalkan supaya pemain tersebut mampu membantu The Red Giants meraih kemenangan pada aksi akan datang.

Selepas ketiadaan Reziq Banihani yang masih lagi dalam tempoh pemulihan akibat kecederaan, Selangor kini hanya memiliki Ronnie seorang selaku penyerang import utama.

Selain Ronnie, kelibat Alvin Fortes serta Yohandry Orozco juga berada pada tahap cukup baik kini untuk menjadi sandaran utama pasukan tersebut di posisi serangan.

Aksi seterusnya menyaksikan Selangor bakal menghadapi cabaran Kuching City pada saingan pentas suku akhir pada 29 Jun ini di gelanggang lawan.

Adakah Ronnie akan membuka akaun jaringan sulung di pentas kejohanan tersebut pula selepas gagal meraih sebarang gol pada aksi lalu sewaktu menentang Negeri Sembilan?

Kredit foto: Shah Amirul

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN