Ramon Calderon: “Hati Ronaldo Sekarang Mungkin Sudah Di Manchester United”

Bekas Presiden Real Madrid, Ramon Calderon berpendapat hati Cristiano Ronaldo pada ketika ini mungkin sudah di Manchester United.

Ini kerana kelab tersebut sentiasa dekat di hati beliau.

Ramon Calderon percaya Sir Alex Ferguson akan menjadi individu penting dalam menentukan ke mana pemain Portugis itu akan pergi selepas ini.

Ronaldo masih menjadikan Sir Alex sebagai rujukan beliau dalam beberapa perkara. Ini mungkin akan mempengaruhi keputusan Ronaldo untuk pulang ke Old Trafford.

Ramon Calderon adalah Presiden yang bertanggungjawab membawa Ronaldo ke Real Madrid pada 2009 dengan harga sekitar £80 juta mengakui pemain itu sangat sayangkan Manchester United.

Calderon berkata:

“Jika benar dia akan meninggalkan Real Madrid, beliau sudah pastinya menjadikan Manchester United sebagai kelab pilihan utama. Kelab dari mana kami tandatangani beliau dahulu.”

“Saya masih ingat, pertama kali beliau tiba. Beliau memberitahu saya yang semua orang di Manchester United menghubungi beliau. Mereka sangat baik dengan Ronaldo.”

“Ronaldo sudah menganggap Alex Ferguson seperti ayahnya. Ronaldo juga sangat sayang akan penyokong-penyokong Manchester United.”

“Manchester United telah menjadi kelab yang abadi dalam hati beliau. Kelab yang sangat penting dalam menaikkan karier beliau.”

Ronaldo agak kecewa dengan prosedur cukai di Sepanyol. Beliau dituduh menyembunyikan duit cukai di Pulau Virgin.

Ronaldo kemudian memberitahu Florentino Perez yang beliau mahu keluar dari Real Madrid.

Situasi itu mengingatkan Calderon kepada situasi ketika Ronaldo meminta kepada untuk menyertai Real Madrid satu ketika dahulu.

Apakah hal yang sama akan terjadi kali ini? Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid setelah menjadi pemain penting dalam kelab tersebut sejak 2009?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN