Bekas bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo masih belum menjaringkan gol pertamanya dengan Juventus namun kelab gergasi Itali itu tetap gah mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Lazio dalam aksi kedua Serie A semalam.
Begitu pun bintang antarabangsa Portugal itu yang dianggap jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri masih dalam proses menyesuaikan diri tetap memberi sumbangan bermakna apabila menjadi penggerak kepada gol kedua jaringan Mario Mandzukic selepas Miralem Pjanic membuka jaringan.
Minggu lalu ketika menewaskan Chievo Verona 3-2 di tempat lawan, bekas pemain kelab Real Madrid bersuia 33 tahun ini juga sekadar melakukan hantaran biasa tanpa menunjukkan kesungguhan untuk menjaringkan gol.
Since Ronaldo joined Juventus, the club has become worth more than €1bn.
And he hasn't even scored a goal yet 💰 pic.twitter.com/ABmXx4UBfM
— B/R Football (@brfootball) August 25, 2018
“Hari ini aksi pertama Ronaldo di laman sendiri. Itu yang bahayanya kerana kami bermain agak sambil lewa. Namun saya tetap gembira dengan persefahaman yang ditunjukkan pemain.
“Ronaldo baharu 15 hari bersama kami. Dia juga beraksi baik dalam membantu pertahanan dan bijak mengawal keadaan. Dia faham, bola sepak Itali berbeza dengan Sepanyol malah sedar tentang DNA Juventus.
Ronaldo missed his first chance to score an open goal for Juventus but he unintentionally created an awesome back heel flick assist for Mario Mandžukić! WATCH it below! 😂#juventusFC #JuveLazio pic.twitter.com/E5FCDEPg1f
— Footcricks.com (@footcricks) August 25, 2018
“Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu jaringannya. Saya gembira apa yang dilakukannya setakat ini dan cara dia menyesuaikan diri memandangkan dia seorang yang suka merendah diri,” kata Allegri.
Sementara itu lain-lain perlawanan menyaksikan Carlo Ancelotti yang kembali membimbing Napoli bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan AC Milan 3-2