Cristiano Ronaldo tampil menayangkan jam tangan mewah miliknya di laman Instagram dan dipercayai jam tersebut bernilai tujuh kali ganda lebih mahal dari harga Range Rover miliknya.
Memandangkan beliau dibayar £3 juta seminggu oleh Al-Nassr, maka tidak hairanlah andai pemain penyerang itu mampu memiliki barang-barang yang sungguh luar biasa mewah.
Cristiano Ronaldo juga terkenal sebagai seorang pemain yang sangat suka menyimpan koleksi jam tangan mewah dan beliau sepertinya tidak kisah berapa yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan jam yang beliau inginkan.
While attending the opening of the brand’s first store in Saudi Arabia, Cristiano Ronaldo was seen showing off Jacob & Co. watch, which he received as gift. The watch features 26 baguette-cut white diamonds, set within a stainless-steel bezel, and is worth approximately $119,000. pic.twitter.com/bYUnHqWO13
— Luxury Life (@Shailen129751) May 18, 2023
Ronaldo berkongsi gambar beliau memakai jam tangan mewah dari Jacob & Co yang bernilai £750 ribu dan beliau turut berkongsi beberapa koleksi jam tangan lain dari jenama yang sama di laman Instagram miliknya.
Beliau turut menyebut nama Jacob & Co pada muat naik tersebut yang mana beliau berkongsi gambar jam tangan khas edisi CR7 untuk tujuan promosi.
Ronaldo merupakan manusia yang paling ramai pengikut di laman Instagram dengan beliau kini sudah memiliki 585 juta pengikut di platform media sosial tersebut.
Oozing with class.
Cristiano Ronaldo has been spotted rocking a £750,000 Jacob & Co watch.
The striker was seen with the expensive timepiece in a photo he shared on Instagram.https://t.co/rfXxP4BczI
— Sports Brief (@sportsbriefcom) May 23, 2023
Untuk beliau memuat naik status mempromosikan sesuatu jenama jelas sekali bukanlah murah dan setiap jenama tentu saja perlu sediakan dana yang menakjubkan untuk dapatkan khidmat promosi dari pemenang lima kali anugerah Ballon D’Or itu.
Cristiano Ronaldo shows off a £750,000 watch. pic.twitter.com/QmjJ3iVF4q
— Alex Ken (@AlekyGGMU) May 23, 2023
Cristiano Ronaldo merupakan duta untuk Jacob & Co dan beliau turut hadir ketika acara pembukaan cawangan terbaru syarikat tersebut di Arab Saudi pada 5 Mei lalu.
Ketika majlis tersebut, Jacob & Co telah mengeluarkan siri khas CR7 yang mana model tersebut dijual dengan harga sekitar £22,000-150,000.
Sementara Ronaldo sendiri pula, beliau memakai jam dari jenama yang sama namun harganya dikatakan tujuh kali ganda lebih mahal dari harga Range Rover miliknya.
Ronaldo dikatakan menerima lebih dari £3 juta setiap minggu hasil dari pendapatan sampingan beliau di Instagram terutama dari tajaan.
Beliau kini sedang beraksi di Arab Saudi dan sepertinya perjalanan karier beliau di Timur Tengah itu berjalan tidak seperti yang diharapkan.
Nama beliau menjadi topik perbualan hangat para peminat terutama selepas tersebar video temu bualnya bersama Piers Morgan.
Selepas meninggalkan Man United, Ronaldo berhijrah ke Arab Saudi untuk beraksi bersama Al-Nassr.
https://twitter.com/TheHustlersEdge/status/1657509570011447296?t=PTE4sR7tpJHySyLio4bjQw&s=19
Setakat ini, beliau sudah berjaya menjaringkan 13 gol dari 17 penampilan bersama Al-Nassr dan sepertinya masih belum jelas sama ada beliau akan kekal bersama kelab atau pergi pada penghujung musim nanti.
Ronaldo hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab, namun masih tidak pasti ke mana lokasi pilihan beliau seandainya beliau benar-benar meninggalkan Al-Nassr pada penghujung musim ini nanti.