Ronaldo Menangis Selepas Gagal Bawa Portugal Layak Automatik Ke Piala Dunia

Cristiano Ronaldo kelihatan mengalirkan air mata sambil terduduk selepas gagal mengesahkan slot Portugal ke Piala Dunia.

Portugal terlebih dahulu berada di hadapan melalui jaringan seawal minit ke-2 Renato Sanches, namun bekas juar eropah itu gagal mempertahankan pendahuluan, membenarkan Serbia menyamakan kedudukan melalui Dusan Tadic pada minit ke-33 dan tewas perlawanan tersebut apabila Aleksandar Mitrivic menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.

Kekalahan 1-2 itu itu membenarkan Serbia muncul juara Kumpulan A, dan Portugal pula kempunan satu mata yang dicari sebelum perlawanan untuk mengesahkan kemaraan automatik selaku juara kumpulan.

Membuatkan kekecewaan Ronaldo bertambah ialah apabila Ronaldo gagal menyempurnakan peluang terhidang pada baki saingan selepas Mitrovic menjaringkan gol.

Kapten pasukan dan bintang Manchester United itu hanya mampu terduduk dan mengalirkan air mata sebaik wisel penamat ditiupkan pengadil.

Ia adalah reaksi sama ketika beliau dilayangkan kad merah dalam penampilan pertama untuk Juventus di pertandingan Champions League di Valencia pada 2018.

Keputusan pada awal pagi itu bermakna Portugal kini akan berhadapan laluan semakin sukar untuk ke Qatar. Ronaldo dan Portugal terpaksa melalui perlawanan play-off, berhadapan beberapa pasukan eropah besar yang lain.

Sweden dan Wales sudah sah akan beraksi di pusingan play-off bersama-sama Portugal. Lawan lain yang mungkin akan dihadapi oleh Portugal di peringkat play-off adalah seperti Switzerland atau Itali, Finland atau Turki, Scotland atau Turki, Norway atau Belanda, Rusia, Poland atau England, dan Macedonia atau Romania.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN