Dua penyokong bola sepak di Korea Selatan yang menyaman penganjur perlawanan pra-musim Juventus di Seoul akhirnya mendapat ‘keadilan’ selepas mahkamah pada Selasa mengarahkan supaya mereka diberikan pampasan yang sewajarnya.
Saman itu dibuat selepas bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo gagal beraksi dalam perlawanan tersebut sekalipun pihak penganjur telah berjanji pemenang anugerah Ballon d’Or itu akan beraksi sekurang-kurangnya 45 minit.
Mahkamah daerah di Incheon yang terletak di barat Seoul memberikan penghakiman dengan mengarahkan agensi yang menganjurkan perlawanan tersebut, The Fasta Inc supaya membayar sebanyak 371,000 won (RM1,283) kepada kedua-dua penyokong yang disenarai dalam tuntutan mahkamah berkenaan.
Two fans in South Korea have won a $252 settlement after "mental anguish" of not seeing Cristiano Ronaldo play in a pre-season friendly pic.twitter.com/Oie30Rvp0J
— B/R Football (@brfootball) February 4, 2020
Dalam ringkasan penghakiman tersebut, pihak penganjur dipertikai kerana telah membuat publisiti secara besar-besaran bahawa Ronaldo akan beraksi untuk separuh masa, tetapi kapten Portugal itu hanya duduk di bangku simpanan sepanjang perlawanan yang berlangsung.
Bayaran yang perlu dibayar oleh The Fasta Inc tersebut merangkumi 70,000 won (RM242) untuk harga tiket, 1,000 won (RM3.50) untuk yuran proses tiket dan 300,000 won (RM1,037) sebagai pampasan kepada ‘tekanan mental’ yang dihadapi oleh kedua-dua plaintif.
Peguam plaintif, Kim Min-ki berkata beliau juga mewakili 87 orang penyokong lain yang turut memfailkan saman yang sama kepada pihak penganjur.
Penyokong Di Korea Selatan Kemukakan Saman Selepas Ronaldo Tidak Turun Beraksi – https://t.co/zXfOyl048C pic.twitter.com/lAN0MJEO2I
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 31, 2019
Laman web The Fasta Inc ketika ini tidak boleh diakses sejak keputusan tersebut dikeluarkan dan panggilan telefon kepada syarikat tersebut juga tidak dijawab.
Untuk rekod, Cristiano Ronaldo tidak diturunkan oleh Juventus ketika berdepan dengan pasukan pilihan K League pada 26 Julai tahun lepas kerana dilaporkan tidak cukup cergas disebabkan jadual pasukan yang terlalu padat.
Skuad Juventus tiba di lapangan terbang hanya beberapa jam sahaja sebelum perlawanan berlangsung.
Perkara itu menyebabkan puluhan ribu penyokong yang hadir ke stadium tidak berpuas hati dan ada penyokong yang ‘mengejar’ Ronaldo sehingga ke Sweden bagi menuntut jawapan kepadanya mengenai perkara tersebut.
Lelaki Korea Selatan Ini Kejar Ronaldo Sampai Ke Sweden Kerana Mahukan Jawapan – https://t.co/anVCTyLlYL pic.twitter.com/4JiWVumubU
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 15, 2019