Ronaldo: “Liga Arab Saudi Lebih Bagus Berbanding MLS”

Cristiano Ronaldo
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pemain Al-Nassr, Cristiano Ronaldo mengatakan yang keputusannya untuk meninggalkan bola sepak Eropah adalah tepat terutamanya apabila memilih Arab Saudi sebagai destinasi seterusnya.

Ronaldo yang menjadi pemula kepada evolusi saingan domestik Arab Saudi juga mengatakan keputusannya untuk ke Asia adalah lebih baik berbanding seteru sepanjang zamannya iaitu Lionel Messi yang berpindah ke Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat.

Menurut laporan ESPN, Ronaldo berkata yang beliau pasti saingan Liga Arab Saudi akan meningkat kualitinya di masa akan datang dan boleh mencabar saingan di Eropah pula.

“Liga Arab Saudi lebih bagus berbanding Major League Soccer.

“Saya yang membuka jalan ke Arab Saudi dan semua pemain mula berhijrah ke sana.

“Dalam masa setahun, akan ada lebih ramai pemain hebat-hebat akan datang ke Arab Saudi. Dalam masa setahun, Liga Arab Saudi akan mengatasi saingan di Turki dan juga Belanda,” kata Ronaldo.

Apa yang dikatakan Ronaldo itu ada benarnya kerana selepas kehadiran beliau, ramai pemain-pemain lain turut menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi mereka.

Sebagai contoh, Karim Benzema, N’Golo Kante dan Roberto Firmino antara nama-nama yang berhijrah ke Arab Saudi musim ini.

Malah, Marcelo Brozovic juga akan menyertai liga tersebut dengan menyertai Ronaldo di Al-Nassr.

Ronaldo juga mengatakan yang masanya sudah tamat di Eropah dan tidak merancang untuk kembali ke sana.

“Saya 100% yakin tidak akan kembali ke mana-mana kelab Eropah.

“Saya kini berusia 38 tahun dan bola sepak Eropah kini telah kehilangan kualiti dengan cukup banyak. Hanya Premier League sahaja yang masih elok,” ujar Ronaldo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN