Bekas Pengarah Sukan Juventus Gianni Di Marzio mendedahkan beliau hampir membawa masuk Cristiano Ronaldo ke Juventus.
Namun usaha itu gagal kerana Marcelo Salas.
Di Marzio telah mengesan bakat Cristiano Ronaldo ketika pemain itu berusia 18 tahun. Beliau yakin Ronaldo adalah pengganti Maradona dalam arena bola sepak.
Pada awalnya, Di Marzio terbang ke Portugal untuk memantau Ricardo Quaresma. Namun Quaresma gagal beraksi baik dalam perlawanan Sporting menentang Belenenses.
Perhatian Di Marzio mulai terarah kepada Cristiano Ronaldo dan yakin beliau akan mampu membawa pemain itu ke Juventus.
Beliau terus menelefon pemilik kelab. Di Marzio berkata:
“Saya baru sahaja menemui bakat yang bakal menjadi pemain terbaik dunia selepas Maradona.”
“Saya berusaha untuk membawa masuk Ronaldo ke Turin dengan perjanjian yang turut melibatkan pertukaran pemain.”
“Ianya melibatkan Salas dan Cristiano Ronaldo.”
“Malangnya Marcelo Salas tidak setuju. Hanya beberapa dollar sahaja angka yang membuatkan Salas tidak bersetuju.”
“Ejen Ronaldo, Jorge Mendes tahu sangat cerita ini.”
Ronaldo tidak lama selepas itu dipancing oleh Sir Alex Ferguson yang ketika itu menguruskan Manchester United. Beliau menjadi bakat kelas dunia ketika di sana.
Tidak lama kemudian Ronaldo berhijrah ke Real Madrid. Beliau kini menjadi antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Pada usia 32 tahun, Ronaldo sudah memenangi 4 Ballon d’Or dan deretan kejayaan individu, kelab dan juga 1 kejuaraan major untuk negara beliau Portugal.
Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Peranan Liridon Mengubah Struktur Pasukan Kedah