Di Sebalik Gelaran Kelab Inggeris, Dari The Reds Sehingga Ke Red Devils

Di England, nama panggilan atau gelaran kelab ada pelbagai kisah yang tersendiri. Berikut antara 5 unsur yang kerap digunakan.

1. Warna

Banuak nama gelaran kelab biasanya merujuk kepada warna jersi yang mereka gunakan.

Misalnya The Reds untuk Liverpool, dan The Blues Untuk Chelsea.

Banyak lagi kelab yang menggunakan unsur warna ini walaupun mereka ada gelaran lain.

2. Pemilihan unusur haiwan

Ada juga yang gemar memilih perbandingan dengan nama-nama haiwan. Ini untuk merujuk kepada sifat istimewa pada haiwan tersebut.

Misalnya, Hull yang digelar Hull Tigers. Watford yang digelar Hornets (serangga).

Newcastle United menggunakan nama gelaran burung Magpies. Di bawah ini adalah gambar burung magpies.

Norwich City digelar The Canaries. Ramai yang menganggap nama The Canaries adalah kerana warna jersi kuning terang pada jersi mereka yang mirip burung kenari. Ianya tidak tepat.

Sebaliknya, nama The Canaries pada Norwich City kerana ada perkaitan burung kenari dengan bandar tempat kelab ini ditubuhkan.

Pada zaman pertengahan, bandar Norwich telah menjadi penternak utama burung kenari. Mereka telah menjadi pusat eksport burung tersebut ke luar untuk tujuan industri tekstil (tenunan).

Jadi, nama kenari ini sinonim dengan aktiviti ekonomi mereka pada ketika itu.

Gelaran The Owl / Burung Hantu pada Sheffield Wednesday juga tiada kaitan dengan warna kelab itu. Sebaliknya, ia adalah kerana Stadium Hillsborough mereka yang terletak di daerah Owlerton.

Sunderland AFC dikenali sebagai The Black Cats selepas ramai pekerja di Wear River mendengar kucing hitam misteri yang kerap mengiau.

3. Unsur industri

Selain itu, di England mereka juga kerap memberikan gelaran kepada kelab berdasarkan industri yang ada kaitan dengan kelab.

Misalnya Arsenal digelar The Gunners. Ia adalah merujuk secara langsung kepada sebuah kilang senjata yang ada di situ ketika itu.

Hal yang sama berlaku pada gelaran The Hammers untuk West Ham United. Ianya kerana kelab tersebut ditubuhkan oleh pekerja Thames Ironworks dengan lambang tukul pada lencana kelab mereka.

Nama asal kelab tersebut juga Thames Ironworks F.C.

4. Budaya

Everton asalnya dikenali sebagai St Domingo. Namun nama The Toffees kemudiannya mengambil alih. Ini kerana ada satu kedai Mother Noble Toffees Shop sering dikunjungi oleh penyokong Everton sebelum perlawanan.

Ini juga telah membawa kepada tradisi Toffee Lady yang mengedarkan gula-gula untuk peminat sebelum perlawanan di Goodison Park.

5. Semangat

Nama The Red Devils adalah dari inspirasi sebuah kelab Ragbi di Salford. Ketika jelajah Perancis, mereka digelar media di sana sebagai ‘Syaitan Merah’ kerana cara mereka menang ke atas pasukan pilihan sangat ‘kejam’.

Ia menjadi inspirasi Sir Matt Busby yang mahukan Manchester United meniru semangat pasukan ragbi yang berada di sebelah kelab mereka. Lalu Manchester United digelar The Reds Devil. Ia menjadi jenama global.

Rumusan

Itu hanya sebahagian yang kami dapat senaraikan. Anda mungkin boleh membantu menambah beberapa nama lagi dan dari unsur apa gelaran kelab tersebut diberikan nama.

Baca juga: Prolifiknya PKNS Dalam 2 Perlawanan Terakhir! Langkah Besar Pasukan Dark Horse

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN