Ronaldo Jelaskan Punca Beliau Pilih Berkelana Ke Timur Tengah

Penyerang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo secara rasminya sudah pun menyertai kelab yang berpangkalan di Arab Saudi iaitu Al-Nassr, selepas dikaitkan dengan agak begitu lama.

Menurut ESPN, Ronaldo telah pun mengikat kontrak bersama kelab tersebut sehingga musim panas 2025 bersama nilai gaji sebanyak $75 juta setiap tahun.

“Saya sangat teruja untuk rasai pengalaman baharu dalam bidang bola sepak di setiap negara yang berbeza.

“Menerusi visi yang diterapkan oleh Al-Nassr dan perkembangan mereka di Arab Saudi untuk bola sepak lelaki dan wanita sangat memberi inspirasi.

“Kita boleh tengok contoh prestasi semasa skuad kebangsaan Arab Saudi yang negara ini mempunyai cita-cita besar dalam bola sepak dan mempunyai potensi terbaik,” ujar Ronaldo dengan bersemangat.

Pada masa sama, Ronaldo juga menjelaskan tujuan beliau menyertai Al-Nassr supaya dirinya mampu menyumbang dari segi pengalaman untuk mencapai kejayaan bersama.

“Saya beruntung kerana saya telah memenangi segalanya yang diimpikan di Eropah dalam bidang bola sepak, dan apa saya rasa kini adalah masa tepat untuk berkongsikan pengalaman itu di Asia.

“Kini, saya tidak sabar-sabar untuk menyertai rakan sepasukan dan bersama-sana membantu kelab untuk mencapai kejayaan,” tambah Ronaldo.

Al-Nassr yang berpangkalan di Riyadh ketika ini beraksi dalam saingan Saudi Pro League dan antara kelab yang mencatat pelbagai kejuaraan di negara tersebut.

Antara rekod kejayaan dilakar peringkat domestik, Al-Nassr berjaya memenangi sembilan kejuaraan liga serta paling unggul pada musim 2018-2019.

Di pentas antarabangsa, kelab ini tidaklah begitu menonjol dengan siri-siri kejayaaan dilakar, namun mereka pernah menyertai saingan Club World Cup untuk musim 1999-2000.

Sebelum ini, pemilik kelab tersebut iaitu Musalli Al Muammar dikhabarkan telah pun menafikan perkara itu dengan menyatakan mereka tidak ada membuat sebarang tawaran kepada Ronaldo.

“Siapa Ronaldo? Saya tak pernah kenal dia. Ketika situasi yang heboh itu, Ronaldo sedang menjalani sesi latihan dan sibuk membuat persiapan ketika itu bersama Portugal untuk saingan Piala Dunia.

“Pada pandangan saya, dalam tempoh itu tak ada mana-mana pasukan yang akan membuat sebarang tawaran kepada beliau,” jelas pemilik kelab tersebut.

Bersama Al-Nassr, Ronaldo dijangka akan berpasangan bersama salah seorang penyerang kebangsaan Cameroon iaitu Vincent Aboubakar.

Aboubakar ketika ini boleh dikatakan sebagai salah satu bintang sensasi yang sangat menyerlah bersama skuad kebangsaan setelah tampil meledak satu jaringan dan satu bantuan gol kepada Choupo-Moting ketika berdepan Serbia.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN