Usaha Real Madrid untuk merapatkan mata dengan Atletico Madrid di tangga ke-2 minggu ini dihancurkan oleh jaringan Antoine Griezmann.
Real Madrid dan Atletico mencatat keputusan seri dalam derbi Madrid semalam yang berlangsung di Santiago Bernabeu.
Real Madrid bermula sangat baik dalam perlawanan ini. Mencipta banyak peluang. Kelihatan mereka benar-benar dalam mood yang baik selepas kemenangan besar ke atas Juventus.
Ronaldo menyaksikan percubaan beliau diselamatkan oleh Oblak dan Marcelo melakukan percubaan yang terkena palang.
Namun pada minit ke-54, Ronaldo menjaringkan gol pembukaan menerusi satu voli menarik hasil daripada umpanan lambung Gareth Bale. Itu adalah gol ke-650 dalam karier beliau.
Cristiano Ronaldo has now scored 650 career goals.
🇪🇸⚽ Real Madrid: 446
🏴⚽ Man Utd: 118
🇵🇹⚽ Lisbon: 5
🇵🇹⚽ Portugal: 81Insane numbers. 👀🔥 pic.twitter.com/I3JNHOsx0M
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) April 8, 2018
Gol itu juga meneruskan rekod cemerlang Ronaldo menjaringkan gol dalam kesemua 10 perlawanan terakhir beliau dengan jumlah 20 gol dan 4 bantuan gol kesemuanya dalam tempoh tersebut.
Namun begitu, pendahuluan itu telah disamakan oleh Antoine Griezmann menerusi satu permainan kombinasi yang menarik dengan Vitolo.
Atletico kemudian dipaksa bertahan oleh Real Madrid yang jelas mahu mencari kemenangan dalam perlawanan ini.
Namun agak mengejutkan apabila Zidane mengeluarkan Ronaldo pada minit ke-65. Santiago Bernabeu terkedu dengan keputusan itu dan Ronaldo dilihat ada bercakap sesuatu dengan Zidane, mungkin mahu bertanya kenapa beliau dikeluarkan?
Real Madrid menguasai 69 peratus perlawanan ini dengan 28 percubaan ke arah gol. Namun hanya 8 yang tepat dan hanya 1 gol dihasilkan.
Ronaldo kini hanya dijarakkan 2 gol daripada rekod penjaring terbanyak untuk derbi Madrid. Beliau kini sudah menjaringkan 40 gol dan ke atas untuk 8 musim berturut-turut bersama Real Madrid.
Keputusan seri ini pastinya menggembirakan Barcelona yang hanya memerlukan 10 mata sahaja lagi untuk menjuarai La Liga.