Analisis Taktikal: Bagaimana Mourinho Gunakan ‘False 10 Fellaini’ Menewaskan Manchester City

Manchester United me-merah-kan bandar Manchester dan tidak membenarkan Man. City meraikan kejuaraan di hadapan mereka dengan kemenangan 2-3 di Etihad.

Taktikal Manchester City

Pep Guardiola melakukan pertukaran dalam skuad beliau dan yakin dengan sistem 9 jadian dengan Raheem Sterling dalam perlawanan ini. Ianya lebih kepada merehatkan beberapa pemain utama untuk menghadapi Liverpool pada UCL, Selasa ini.

Manchester City berjaya mendapat manfaat daripada kegagalan United untuk bermain lebih baik di garisan pertahanan tinggi.

Mereka beberapa kali melakukan hantaran pembunuh daripada belakang terus kepada pemain di hadapan. City kekalkan pendekatan 3-3-4 ketika menyerang. Silva dan Fernandinho adalah perancang utama dari 2 zon berbeza.

Ini antara contoh mereka menggunakan serangan berempat di garisan paling atas dan Silva di belakang garisan tersebut.

Ini gambaran daripada ‘eagle eye’

Guardiola kali ini menggunakan Fernandinho sebagai pemain no.6 yang menjadi bek separa (half back). Ini membolehkan mereka mendapat lebih kualiti daripada perancangan (playmaking) dari belakang.

Sebelum ini mereka menggunakan sistem bek bertiga jadi peranan bek separa ini terhapus.

Fernandinho memberikan dimensi yang berbeza dalam perlawanan ini. Beliau melakukan beberapa hantaran yang mencetuskan ancaman.

Masalah City berlarutan

Masalah utama Man. City adalah penyudah. 2 gol mereka adalah, 1 daripada bola mati dan 1 lagi adalah daripada Gundongan yang dengan baik melakukan kawalan dalam ruang sempit (close control).

Pada separuh masa pertama, pengulas menyatakan City boleh sahaja membunuh perlawanan ini dengan 5 gol. Namun Raheem Sterling dan rakan-rakan beliau banyak mensia-siakan peluang.

Masalah ini adalah masalah yang mereka hadapi ketika menentang Liverpool, cuma kali ini mereka ada percubaan tepat dan ada gol.

Sebelum ini mereka diancam menerusi hantaran lintang. Dalam perlawanan menentang Liverpool, Mane menjaringkan gol daripada tandukan dan beberapa ancaman Liverpool daripada bola lintang terutama sekali bola mati.

Dalam perlawanan ini pula 2 daripada gol United adalah daripada bola lintang. Nampaknya Pep Guardiola masih belum mengatasi masalah itu yang berterusan menjadi musuh mereka.

Kenapa Manchester United bermasalah pada separuh masa pertama?

Ini kerana Manchester City tidak memberikan ruang untuk mereka bernafas. Mourinho melihat pasukan beliau gagal untuk ‘settle down’ pada separuh masa pertama.

Counter pressing yang sangat kuat daripada City membuatkan United kerap terperangkap dan dilepasi di garisan akhir.

Man. United datang dengan pelan high pressing

Sebelum ini Liverpool menunjukkan cara untuk berhadapan dengan juego di posicion iaitu dengan mengganggu binaan serangan Man. City dari belakang. Mungkin Mourinho pergi ke perpustakaan musuh beliau untuk membaca kitab tersebut bagi menentang musuh yang satu lagi.

Banyak pasukan datang ke Etihad dengan pendekatan membenarkan City bermain banyak bola di belakang ataupun tidak kuasa untuk melayan (engage) dengan aktiviti itu. Sebenarnya, ia akan membuatkan Man. City membentuk platform ataupun shape yang mereka inginkan dengan menanti masa sesuai untuk melepaskan bola hadapan.

Ini contoh daripada musim lalu di mana Hull City tidak agresif menekan mereka dan membenarkan mereka bermain bola dengan selesa.

United tidak ‘parking bas’

United kali ini tidak membawa ‘bas’ mereka seperti yang dijangka. Ini adalah contoh di mana mereka cuba bertahan di zon tinggi pada awal perlawanan lagi.

Ini adalah perbezaan 2 heatmap. Yang atas adalah ketikan Man. United menentang Man. City. Dan di bawah adalah ketika mereka bermain defensif menentang Liverpool sebelum ini. Saya garis dengan garisan putih putus-putus untuk anda bezakan garisan pertahanan mereka dalam perlawanan ini.

Ini adalah contoh mereka cuba menekan lawan secara pemain ke pemain. Anda juga melihat mereka menekan sehingga ke penjaga gol dan mendesak Ederson melakukan hantaran lambung dan tidak dapat melakukan binaan serangan daripada bola rendah. Opsyen beliau ditekan.

Secara asasnya, Mourinho sudah menyediakan pelan untuk bermain menyerang cuma pasukan beliau gagal untuk mendapat rentak sepanjang 45 minit pertama.

2 gol Man. City adalah daripada kegagalan mereka bertahan di garisan tinggi. Ini antara contoh di mana Man United diatasi dengan mudah di garisan tinggi. Mujurlah Ashley Young dapat melakukan sentuhan. Bola tidak ‘handball’ kerana beliau tergelincir dan bukan ‘deliberate action’.

Berkali kali mereka diatasi daripada situasi seperti ini. Mungkin terkejut diarahkan bermain begitu menentang pasukan big 6, masing-masing gugup bermain di garisan tinggi.

Lihat di bawah ini.

Jika nak bagi satu persatu contoh, agak banyak. Manchester City dengan yakin melangkah ke bilik persalinan dengan 2 gol.

‘Tweaks’ separuh masa kedua, Paul Pogba sebagai false no.10

Paul Pogba bukan no.8 dalam perlawanan ini, beliau adalah false no.10. Peranan yang juga digelar central winger oleh sesetengah penganalisis.

Ingat, Jose Mourinho adalah antara pengurus yang dahulunya menggemari baka ini. Mesut Ozil, Angel Di Maria dan juga Wesley Sneijder antara pemain yang pernah beliau gunakan untuk peranan ini.

Lihat heatmap Paul Pogba di sini dan anda melihat pemain ini banyak bergerak ke kiri, kanan dan ke zon penyerang utama.

Pada separuh masa pertama Pogba lebih aktif di zon bertahan kerana tekanan oleh Manchester City. Asas kepada formasi United adalah 4-2-3-1.

Mourinho memberikan kebebasan kepada Pogba untuk bermain ‘central winger’. Secara peribadi memang saya berpandangan Pogba sentiasa lebih baik dengan peranan lebih ofensif. Beliau tidak perlu memikirkan soal bertahan sangat dalam peranan ini kerana ada Herrera dan Matic.

Pada separuh masa kedua, United akhirnya berjaya melaksanakan taktikal dengan Pogba ini dengan baik kerana Manchester City seperti sudah tutup kedai (switch off).

Dalam keadaan 2-0 saya terus membayangkan jika ada Fellaini, sudah pasti Mourinho akan memasukkan beliau untuk menjadi pemain extra di zon serangan (extra man).

Dengan peranan Pogba sebagai false no.10 dia ada liputan zon (coverage) yang besar di zon 14. Jadi, beliau akan menjadi ‘Fellaini’ apabila perlu. Gol kedua adalah bukti bagaimana beliau menjadi Fellaini yang meyambut bola di kawasan bahaya (danger zone) dan menjaringkan gol.

Apa pula peranan Lukaku? Secara asasnya, saya boleh katakan Pogba tidak tersambung dengan Lukaku.

Idea Mourinho adalah mudah. Beliau mahu Pogba menjadi ‘Fellaini’ yang akan ‘decoying’ di dalam kotak dan memberikan servis kepada Lukaku dan pemain di sekitar dengan memenangi bola di udara. Lihat contoh daripada perlawanan sebelum ini.

Fellaini akan berada di tengah zon bahaya untuk menerima bola tinggi. Dia akan memenangi bola untuk disadurkan kepada penyerang dan pada masa yang sama boleh menyudahkannya.

Oleh kerana Pogba tidak statik dalam posisi dan lebih bebas sebab itu saya gelar itu peranan Fellaini yang sedang bermain 10 jadian ataupun false no.10. Dimudahkan kepada ‘false 10 Fellaini’.

Anda bayangkan kalau Fellaini bermain false 10, itulah jadinya. Namun ianya memang sukar berlaku kerana false 10 memerlukan pemain yang ada set skil yang baik.

Alexis Sanchez pula seakan-akan berperanan seperti mana Sadio Mane dalam 2 perlawanan Liverpool. Bermula di kedudukan yang sangat ke sisi (too wide) dan cuba masuk ke-halfspace untuk mengahantar bola.

Sanchez diarahkan dengan tugasan untuk menghantar bola dan dikurangkan arahan untuk memecah masuk ke dalam kotak penalti sebagai ‘inside forward’. Hasilnya luar biasa. 2 assist dalam perlawanan ini dan menjadi pencipta untuk gol pertama Pogba.

Pogba sukar dikawal kerana larian lewat beliau yang tajam serta kemampuan untuk bersaing secara duel, fizikal dan mampu close control yang baik. 2 gol Pogba melibatkan larian taktikal yang berkesan.

Rumusan

Manchester City kalah kerana mereka gagal menyempurnakan peluang yang banyak pada separuh masa pertama dan memberikan ruang kepada Man. United bermain bola sepak mereka pada separuh masa kedua.

Tak pasti apa berlaku pada Man. City pada separuh masa kedua, mereka diserang berterusan oleh Man. United dan nampak gagal mengendalikan tekanan.

Adakah Mourinho akan terus memberikan peranan lebih menyerang dan bebas seperti ini?

Anda pasti prejudis dengan jawapannya. Berapa kali Pogba sudah membuktikan beliau lebih sukakan peranan seperti ini, namun Mourinho lebih kerap menjadikan Pogba lebih defensif.

Kita tunggu sahaja, moga terbuka hati Mourinho selepas ini memberikan peranan ini lebih konsisten.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Paul Pogba (Man. United)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN