Ronaldo Dedah Rasa Gembira Jika Arsenal Julang Kejuaraan EPL Musim Ini

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mendedahkan diri beliau sangat gembira sekiranya Arsenal mampu meraih gelaran juara English Premier League (EPL) pada musim ini.

Pendedahan tersebut dibuat ketika sesi wawancara membabitkan pemain itu bersama Piers Morgan yang dianggap sangat kontroversi kerana kelantangan dipamerkan Ronaldo ketika mengkritik Manchester United.

Pada sesi wawancara tersebut, Ronaldo secara terbuka telah mengkritik kelab diwakilinya itu mengenai cara layanan yang dianggap sangat buruk sepanjang karier beliau selaku pemain bola sepak profesional.

Selain mengkritik United, penyerang Portugal itu juga secara lantang turut meluahkan kata-kata yang dianggap agak keras kepada Ralf Rangnick, Erik ten Hag, serta bekas pemain kelab tersebut iaitu Wayne Rooney dan Gary Neville.

Ronaldo juga jelas berharap dan menyambut dengan baik, jika Arsenal menjulang trofi kejuaraan liga musim ini ketika ditanya oleh Morgan.

“Saya harap begitu. Apapun, saya tetap berharap Manchester dahulu, kemudian baru Arsenal. Saya suka melihat gaya permainan pasukan tersebut musim ini.

“Saya suka pasukan tersebut serta jurulatih mereka. Saya rasa mereka mempunya barisan yang sangat baik ketika ini.

“Jika Manchester United tidak memenangi kejuaraan liga pada musim ini, saya sangat gembira untuk melihat peluang itu menjadi milik Arsenal,” ulas Ronaldo menerusi laporan dikeluarkan oleh Sport Bible.

Pada masa sama, Ronaldo juga sangat optimis tentang peluang untuk Portugal tampil lebih baik pada musim ini dalam saingan Piala Dunia di Qatar.

“Saya sangat optimis, kami ada jurulatih yang bagus bersama barisan pemain generasi baharu berkualiti.

“Saya memandang jauh untuk pasukan ini mara lebih jauh dalam saingan Piala Dunia 2022 walaupun menyedari ianya sangat sukar.

“Tetapi, segalanya tidak mustahil untuk kami dan sudah tentu saingan sengit akan kami berikan untuk pasukan bertanding,” tambah Ronaldo dengan begitu yakin.

Pemain itu juga bergurau mengenai dirinya akan bersara sekiranya mereka dapat mencipta sesuatu dalam temasya yang bakal berlangsung di Qatar itu.

“Sebenarnya saya masih lagi ingin bermain dua atau tiga tahun lagi secara maksimum sebagai pemain bola sepak profesional.

“Saya nak tamatkan segalanya ketika umur mencecah 40 tahun. Umur itu sangat bagus sebenarnya. Tetapi kita sendiri tidak tahu pada masa hadapan,” terang pemain itu lagi.

Portugal akan memulakan kempen Piala Dunia pada 24 November ini untuk bertemu Ghana sebelum membuat perhitungan bersama Uruguay dan Korea Selatan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN