Anak Ronaldo Sertai Skuad Brazil B-18, Jelmakan Kembali Kehebatan Il Fenomeno

Satu ketika dulu kita pernah menyaksikan antara bakat terbaik dalam dunia bola sepak, Ronaldo Nazario de Lima juga dikenali sebagai Il Fenomeno beraksi.

Ronaldo sinonim dengan pasukan Brazil. Beliau turut pernah beraksi bersama beberapa buah kelab dan gergasi eropah seperti Barcelona. Real Madrid, Inter Milan dan juga PSV, memenangi pelbagai gelaran dan trofi.

Kini satu lagi nama mulai meniti bibir peminat bola sepak di Brazil. Ronald Nazario de Lima, kini berumur 18 tahun adalah anak kepada lagenda Brazil, Ronaldo.

(Photo credit should read MAURICIO LIMA/AFP/Getty Images)

Jangan keliru. Ronaldo adalah Il Fenomeno, adalah si ayah. Ronald adalah anak kepada Ronaldo.

Adakah kita akan menyaksikan Il Fenomeno II?

Ronald Nazario de Lima baru-baru ini telah dipanggil untuk membarisi pasukan kebangsaaan Brazil B-18 untuk Sukan Maccabiah pada tahun ini.

Sukan Maccabiah adalah kejohanan sukan ke-3 terbesar di dunia, dengan penyertaan 10,000 atlit dari 85 buah negara dan dianjurkan di Israel.

Diadakan setiap 4 tahun, Sukan Maccabiah turut dikenali sebagai Sukan Yahudi. Namun penyertaannya terbuka kepada setiap negara peserta tanpa mengira asal usul dan latar belakang agama.

Sebagai sebuah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, Malaysia tidak pernah menyertai kejohanan sukan tersebut.

Ronald dilahirkan di Milan pada ketika ayahnya sedang mencipta nama di Inter pada tahun 1999. Bukanlah sesuatu yang menghairankan Ronald turut mempunyai bakat bola sepak.

Selain daripada ayahnya, Miline Domingues, ibu kepada Ronald juga adalah pemain bola sepak kebangsaaan Brazil.

(Photo credit should read VANDERLEI ALMEIDA/AFP/Getty Images)

Kedua-dua orang tua Ronald mempunyai 118 caps terkumpul untuk Brazil dan 775 penampilan di peringkat kelab. Legasi bola sepak tampaknya akan berterusan buat keluarga ini.

Ronaldo sendiri bukanlah seorang Yahudi. Namun beliau sering berkunjung ke Hebraica di Sao Paulo, sebuah kelab komuniti Yahudi di Brazil.

Isteri kepada Ronaldo, adalah pemain bola sepak kelab Hebraica. Pada ketika usia Miline Domingues sama dengan anaknya Ronald pada hari ini, Miline memecahkan rekod timangan bola dengan timangan sebanyak 55,187 kali.

Abaikan perhatian kita kepada Kejohanan Sukan Yahudi itu.

Amat menarik untuk kita memerhatikan jikalau Ronald Nazario de Lima bakal menjadi Il Fenomeno sehebat ayahnya satu masa dahulu.

Sumber:

1. Goal.com (2017): The next Fenomeno? Brazil legend Ronaldo sends congrats to son on U-18 selection;
http://www.goal.com/en-my/news/3889/main/2017/07/08/36912732/the-next-fenomeno-brazil-legend-ronaldo-sends-congrats-to-son-on-?ICID=HP_HN_3

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN