Analisis Taktikal: Terengganu Dan JDT Efektif Cipta Peluang, Tumpul Di Hadapan Gol

Perlawanan kedua Piala Malaysia di antara Terengganu dan JDT berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Permulaan

Terengganu menggunakan formasi 4-3-3 dengan meletakkan Issey dan Partiban sebagai penyerang sayap yang bergadingan dengan Kipre.

JDT juga kekal dengan formasi 4-3-3 dengan menurunkan kesebelasan kedua pasukan mereka di dalam perlawanan ini.

Terengganu dominasi separuh masa pertama

Terengganu mendominasi separuh masa pertama dengan sebaiknya. Serangan mereka adalah berasaskan sayap kiri. Sistem yang membuatkan Partiban lebih menonjol daripada Issey Nakajima.

JDT agak bergelut untuk menemui rentak mereka pada separuh masa pertama. Ia bukan sesuatu yang menghairankan kerana perubahan yang drastik dalam pemilihan pasukan.

Terengganu mendominasi bahagian tengah dengan baik sekali. Shakir Saari antara pemain yang gagal memberikan aksi terbaik.

Terengganu menggunakan sistem serangan yang lebih tinggi mobiliti berbanding dengan sistem ‘target man’ klasik.

Kipre adalah ancaman yang kuat kepada barisan pertahanan JDT. Faiz Nasir pada separuh masa pertama bermain sangat baik. Beliau mencipta peluang dan memiliki kemampuan ‘close control’ yang tenang dan kemas.

Ini adalah struktur serangan yang memberikan ancaman utama kepada JDT hasil daripada binaan rantaian serangan oleh Partiban dan Kipre yang dibantu oleh Faiz Nasir.

Dalam struktur di atas ini, bek berempat JDT sangat terdedah dengan ancaman segera kerana lemahnya perlindugan dari pemain tengah terutama sekali trio Shakir-Nazmi-Amirul.

JDT melangkau pivot pada separuh masa pertama

Dalam bahasa universalnya ia adalah ‘skipping center’. JDT banyak melakukan binaan serangan menggunakan bek sisi. Ini kerana JDT tidak memiliki gandingan trio yang berkesan serta interaktif di tengah.

Sistem tengah bertiga JDT agak terpecah secara unit. Nazmi Faiz menonjol secara individu. Ini adalah gambaran bagaimana corak hantaran dominan JDT pada separuh masa pertama.

Mereka tidak ada kemampuan (inability) serta kurang keyakinan untuk besaing dengan tekanan dari unit tengah pasukan Terengganu.

Improvisasi JDT pada separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, JDT memperbaiki aspek permainan mereka. Mereka lebih yakin untuk bertarung di tengah. Ini yang membezakan kualiti mereka pada separuh masa pertama dan yang kedua.

Pada separuh masa kedua, JDT bermain dengan karakter yang lebih baik terutama sekali ketika serangan. JDT lebih efektif ketika di kotak serangan ataupun ‘final third’.

Namun begitu, pemain seperti Azamuddin masih gagal untuk memberikan sumbangan lebih baik. Gerakan serangan JDT lebih baik dari sebelah kiri dengan adanya Safawi Rasid dan Fazly Mazlan.

Nazmi Faiz boleh dikatkan berjaya memberikan sokongan kepada Darren Lok dari ‘depth’. Di sebelah kanan, JDT agak terlalu bergantung kepada Azriff Nasrulhaq.

Ini adalah struktur sokongan kepada Darren Lok. Nazmi Faiz berjaya memberikan sokongan di ‘depth’. Untuk ‘width’, di kiri adalah lebih baik berbanding dengan di kanan kerana Fazly dan Safawi lebih baik dalam pertukaran peranan.

Jika Safawi masuk ke dalam kotak penalti atau ke zon lebih ke tengah, barulah Fazly Mazlan membekalkan sokongan di kawasan lebih tinggi.

Di kanan, terlalu bergantung kepada Azriff yang sepatutnya menjadi pembantu kepada Azamuddin. Azamuddin bermain dalam prestasi di bawah par.

Pertahanan JDT masih longgar

Pada separuh masa pertama, JDT ada isu dengan pertahanan terlalu mengundur ke belakang. Ia telah memberikan ruang yang banyak kepada pemain-pemain Terengganu untuk beroperasi di luar kotak penalti.

Ini adalah gambaran visual bagaimana struktur yang terlalu ke dalam ini sangat berisiko. Pertamanya, pasukan JDT memberikan ruang besar di luar kotak penalti.

Kedua adalah memudahkan lawan untuk melakukan cubaan dari luar kotak penalti. Pemain 5 hadapan (front 5) Terengganu menikmati ruang yang diberikan ini.

Pada separuh masa kedua, mereka memperbaiki aspek ini dan tidak terlalu jauh ke belakang. Namun begitu mereka masih gagal untuk bertahan sebagai satu unit yang stabil.

Barisan tengah JDT masih tidak memberikan perlindungan sebaiknya kepada garisan pertahanan akhir.

Kesannya ketara sekali apabila Terengganu mampu menghadirkan ancaman berterusan setiap kali ada bola di kaki mereka. Irfan Bakti cuba menggunakan pendekatan pertukaran pemain sayap yang kerap. Tetapi impak Issey masih minimum.

Penilaian

Penjaga gol kedua-dua pasukan antara pemain yang menjadi faktor perlawanan ini seri. Haziq Nadzli cemerlang pada babak akhir untuk menafikan 2 cubaan penting pasukan Terengganu. Salah satu daripadanya adalah ‘point blank save’.

Secara adilnya, kedua-dua pasukan efektif dalam mencipta peluang gol tetapi gagal untuk menemui penyudah.

Dari segi taktikal, JDT agak bergelut dengan taktikal pada perlawanan ini. Namun mereka melakukan sedikit penambahbaikan pada separuh masa kedua.

Untuk pasukan Terengganu, sebagai pasukan Liga Premier, mereka boleh dikira pasukan yang lebih baik secara keseluruhannya.

Paling menarik, inilah kali pertama saya melihat Irfan Bakti menggunakan sistem no.6 sebagai half-back ketika transformasi kepada serangan. Ia berbeza dengan sistem beliau yang sebelum ini agak rigid. Saya harus berikan pujian untuk itu.

Faiz Nasir gagal mengekalkan pengaruh beliau di dalam perlawanan pada separuh masa kedua. Pada separuh masa pertama, Faiz Nasir lebih efektif beroperasi dengan kelincahan dan visi beliau.

JDT selesa dengan keputusan seri ini. Morais hanya melakukan pertukaran teknikal dalam perlawanan ini.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Haziq Nadzli (JDT)

Ada beberapa pemain yang cemerlang di dalam perlawanan ini termasuk Kipre dan Junior Eldstal, serta Suffian Rahman. Namun Haziq Nadzli melakukan aksi menyelamat penting yang turut menyelamatkan JDT daripada tewas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN