Ronaldo Berjaya ‘Menewaskan’ Gol Pembukaan Mohamed Salah

Jaringan 2 gol di minit akhir perlawanan oleh bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo membantu pasukannya, Portugal menewaskan Mesir 2-1 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Ianya sekali gus memenangi pertarungan peribadi dengan bintang Liverpool yang sedang meningkat naik iaitu Mohamed Salah yang terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan.

Ronaldo, yang tampil untuk perlawanan ke-900 kariernya, menunjukkan kehebatan sebenarnya ketika Mesir hampir menamatkan aksi dengan kemenangan hasil gol minit ke-56 Salah.

Gol penyamaan hadir pada minit ke-92 menerusi tandukan selepas Ricardo Quaresma membuat hantaran lintang, dan selang dua minit Ronaldo meledak gol kemenangan dengan situasi hampir sama.

Bagaimanapun pemain 33 tahun Real Madrid itu perlu menunggu keputusan daripada sistem VAR untuk mengesahkan jaringannya kerana dia disyaki berada dalam kedudukan ofsaid. Dua gol berkenaan melebarkan jaringannya untuk Portugal kepada 81 gol.

Salah, yang cemerlang bersama Liverpool musim ini dengan 28 gol Liga Perdana Inggeris, memecah kebuntuan di awal babak kedua dengan permainan satu dua bersama Abdallah El Said sebelum menewaskan Beto di gawang Portugal.

“Pada minit-minit terakhir kami lebih baik, mencipta empat peluang dan menunjukkan keazaman untuk mengubah keadaan,” kata pengendali Portugal Fernando Santos.

Ronaldo, pemenang lima kali Ballon d’Or, kini melonjak ke tangga ketiga dalam senarai penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman.

Legenda Hungary Ferenc Puskas meledak 84 gol manakala Ali Daei dari Iran mendahului senarai dengan 109 gol dalam 149 penampilan antarabangsa.

Mesir, yang kembali menyertai pusingan akhir Piala Dunia selepas kali terakhir pada tahun 1990, akan bersaing dalam Kumpulan A menentang tuan rumah Russia, Uruguay dan Arab Saudi.

Manakala Portugal dalam satu Kumpulan bersama Sepanyol, Maghribi dan Iran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN