Hadi Fayyadh Pikat Pencari Bakat Dari Kelab Jepun

Persembahan cemerlang penyerang skuad Malaysia Bawah 19 Tahun, Hadi Fayyadh ketika Kejohanan Bola Sepak Remaja Piala Sanix yang berlangsung di Fukuoka, Jepun pada minggu lepas telah menarik minat beberapa pencari bakat kelab bola sepak di sana.

Hal ini disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Yamada menurut laporan daripada akhbar tempatan, Kosmo semalam.

Yakult Malaysia merupakan pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia dan salah satu penaja bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

“Permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain muda Malaysia sangat baik dan saya kagum sikap berusaha mereka sehingga ke wisel penamat.

“Mereka mempamerkan aksi yang terbaik meskipun berhadapan antara kelab terbaik di Jepun. Mereka juga mendapat pujian pihak penganjur Piala Sanix apabila mempamerkan aksi bertenaga berbanding negara jemputan lain seperti Rusia, Taiwan dan Korea Selatan.

“Justeru, mereka berhajat untuk menjemput pasukan Malaysia sekali lagi untuk bertanding pada saingan sama pada tahun hadapan.

“Bagi tahun hadapan, Yakult Malaysia akan meneruskan tajaan untuk membawa pasukan remaja Malaysia menyertai kejohanan ini.

“Saya percaya kejohanan ter­tinggi peringkat remaja di Jepun ini merupakan medan terbaik bagi pasukan muda Malaysia mencari pengalaman kerana mereka berpeluang menentang kelab-kelab hebat di Jepun seperti Tokyo FC, Aomori Yamada, Vissel Kobe serta beberapa kelab lain.

“Saya melihat masa depan bola sepak negara ini amat cerah dengan pemain berpengalaman se­perti Hadi Fayyadh Abdul Razak, A. Shivan Pillay dan penjaga gol, Muha­mad Firdaus Irman Fadhil. Mereka ini merupakan masa depan bola sepak Malaysia,” kata Hamada.

Barisan pemain skuad Malaysia Bawah 19 Tahun yang beraksi di Piala Sanix. FOTO: FAM

Beliau turut me­ngakui seorang pemain skuad Malaysia B-19 berjaya mencuri tumpuan pencari bakat kelab Sagan Tosu yang bersaing pada Divisyen 1 Jepun.

“Pencari bakat daripada kelab Sagan Tosu iaitu sebuah kelab yang bertanding pada Divisyen 1 Jepun amat kagum dengan prestasi pasukan Malaysia, terutamanya Hadi Fayyadh.

“Beliau memuji kemahiran dimiliki penyerang kelab Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu dan menyifatkan pemain muda tersebut mempunyai masa depan yang cerah dalam bola sepak,” ujarnya.

Dalam kejohanan Piala Sanix ini, skuad Malaysia B-19 berjaya mencatat 3 kemenangan daripada 6 perlawanan yang diharungi dalam tempoh 4 hari kejohanan berlangsung.

Hadi Fayyadh bersama skuad Malaysia B-18 di Fukuoka, Jepun. FOTO: FAM

Dari semua 6 perlawanan ini, Hadi Fayyadh muncul sebagai penjaring terbanyak skuad Malaysia dengan keseluruhan 4 gol dijaringkan.

Malah menurut laporan daripada Stadium Astro, Hadi Fayyadh dilaporkan bersedia untuk menerima gaji lebih rendah demi meraih pengalaman berguna beraksi dalam salah satu liga terbaik di Asia.

“Saya sanggup untuk menerima gaji yang rendah di Jepun kerana saingan di Jepun adalah tinggi berbanding di Malaysia,” katanya.

2 kelab yang berpangkalan di Kyushu iaitu Sagan Tosu dan Avispa Fukuoka berkemungkinan besar menjadi destinasi penyerang pasukan yang berusia 18 tahun itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN