Media Sepanyol Dedahkan Ronaldo Beritahu Ramos Beliau Mahu Tinggalkan Real Madrid

Pelbagai media sudah menyatakan mengenai perkara ini, tetapi adakah ia benar?

Baru-baru ini, laporan media di Sepanyol telah mendedahkan yang Cristiano Ronaldo telah memberitahu kapten Real Madrid iaitu Sergio Ramos yang beliau mahu meninggalkan kelab itu.

Hasil dari rancangan Golazo de Gol, Ronaldo dikatakan telah mengesahkan segala spekulasi mengenai pemergian beliau dari kelab tersebut melalui sebuah perbualan telefon.

Ramos dikatakan menelefon kapten Portugal itu untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut dan ia disahkan oleh pemain tersebut.

Selain daripada itu, pihak Ronaldo menerusi ejen beliau iaitu Jorge Mendes telah pun menghubungi presiden Real Madrid mengenai kemahuan pelanggan beliau untuk meninggalkan kelab tersebut.

Ronaldo dikatakan mahu berpindah dari Real Madrid selepas tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima beliau mengenai isu cukai oleh pihak kerajaan Sepanyol.

Kemahuan beliau untuk meninggalkan kelab itu telah menjadikan beberapa kelab berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk cuba mendapatkan beliau.

Antara kelab yang berminat adalah Manchester United, Paris-Saint Germain dan Chelsea.

Sumber:

  1. AS (2017): Cristiano reportedly confirms to Sergio Ramos he wants to leave; http://en.as.com/en/2017/06/19/football/1497890951_382970.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN