Cristiano Ronaldo Beri Sokongan Kepada Anak Yatim Piatu Mangsa Serangan ISIS

Ronaldo beri sokongan kepada mangsa serangan ISIS, adik Haidar Mustafa yang berasal dari Lebanon.

Haidar Mustafa hanya berusia 3 tahun ketika keluarga beliau terbunuh dalam serangan ISIS di Beirut, Lebanon. Ayahnya Hussein dan ibunya bernama Leila terbunuh dalam kejadian tersebut.

Haidar terselamat walaupun mukanya luka ketika serangan tersebut.

Kini, Haidar Mustafa adalah anak yatim piatu dan sedang berada di London bersama-sama dengan bapa saudaranya Mohammad.

Selepas mendengar keluarganya terlibat dalam serangan ISIS, Mohammad telah bergegas pulang ke Lebanon. Beliau membawa bersama Haidar untuk tinggal bersama dia dan isterinya di London.

Haidar bertemu Ronaldo

Berita ini sampai ke telinga Cristiano Ronaldo. Cristiano Ronaldo menjemput Haidar Mustafa datang menemui beliau di Madrid untuk Ronaldo berikan sokongan kepada peminat cilik beliau itu.

Ronaldo mungkin tidak boleh terbang ke London kerana pasukan Real Madrid sedang berada dalam jadual yang padat.

Mohammad (pak cik Haidar) berasa sangat terharu apabila melihat Haidar teruja bertemu dengan ‘hero’ nya. Menurut Mohammad, ini mungkin salah satu saat yang Haidar rasa sangat gembira sejak kehilangan ibu bapanya.

Haidar kelihatan agak pemalu pada mulanya. Dia kemudian disarungkan dengan jersi Haidar dengan nombor 7, nombor signifikan dengan Cristiano Ronaldo.

Haidar dibawa Presiden Real Madrid untuk melihat trofi dan kemudian bermesra dengan beberapa pemain Real Madrid yang lain.

Detik yang mengharukan apabila Cristiano Ronaldo keluar dengan sut hitam dan memeluk Haidar. Haidar tidak dapat menahan rasa terharu dan sebaknya.

Dalam pertemuan mereka. Ronaldo berkata kepada Haidar:

“Saya sangat gembira melihat awak tidak apa-apa. Dan saya mahu mendoakan yang terbaik untuk awak walau di mana awak berada selepas ini.”

“Kejar mimpi awak, berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikannya kenyataan.”

Amaran: Sediakan tisu untuk tengok video di bawah ini!

https://youtu.be/sNsKmhCSRIg

Pak cik Haidar turut menyatakan, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan hak kerakyatan di England untuk Haidar seperti mana beliau dan isterinya.

Tambah Mohammad:

“Untuk pengetahuan anda semua, selain daripada bertemu Cristiano Ronaldo, perkara yang lebih menggembirakan Haidar adalah untuk menjadi warganegara England.”

Ronaldo beri sokongan beliau kepada Haidar Mustafa supaya terus hidup di London. Ronaldo juga mengharapkan agar Haidar mendapat hak kerakyatan di London untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain.

Cristiano Ronaldo memang dikenali dengan nilai kemanusiaan beliau yang tinggi di luar padang. Beliau aktif dalam memberikan sokongan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa perang.

Pemenang Ballon d’Or dan Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA ini sedang dalam rangka persiapan bersama-sama pasukan beliau untuk menghadapi Celta Vigo dalam suku akhir Copa Del Rey.

Baca juga: Ronaldo Hulur Derma Dan Muat Naik Video Tanda Sokongan Kepada Kanak-Kanak Di Aleppo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN