Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memberi bayangan kemungkinan akan meninggalkan skuad Los Blancos selepas mengecapi kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Itu bermakna perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan Real Madrid menang 3-1 ke atas Liverpool di Kiev awal pagi tadi mungkin aksinya yang terakhir bersama kelab gergasi Sepanyol itu.
https://twitter.com/MadridistaTV1/status/1000531271330779136
Ronaldo yang kini berusia 33 tahun telah menjulang lima gelaran berkenaan secara peribadi namun gagal menjaringkan gol apabila Gareth Bale tampil wira buat Real selepas diturunkan daripada bangku simpanan untuk meledak dua gol.
“Saya akan menikmati detik ini dan dalam tempoh beberapa hari lagi saya akan berikan jawapan kepada peminat yang sentiasa bersama saya,” kata Ronaldo.
“Seronok berada di Real Madrid. Saya akan bercakap mengenainya beberapa hari lagi.”
Cristiano Ronaldo: “In the coming days I will answer my fans who have always been on my side. It was very nice to be in Real Madrid. I’ll speak in the next few days.”
Ronaldo Leaving Real Madrid? pic.twitter.com/Co6YtMkNfv
— Football Factly (@FootballFactly) May 27, 2018
Ronaldo kemudiannya mengakui komen awalnya selepas perlawanan dibuat pada masa yang tidak sesuai.
“Mungkin ia bukan masa yang tepat. Saya tidak mahu mengalih perhatian terhadap apa yang dicapai Madrid. Menang tiga gelaran Liga Juara-Juara satu detik yang unik,” katanya.
“Situasi peribadi tidak penting ketika ini.” katanya.
Komen Ronaldo itu dikatakan ditujukan kepada Presiden Real Madrid, Florentino Perez kerana kurang memberi sokongan terhadapnya.
"He's going to stay, he has a contract"
No matter what Cristiano Ronaldo says, Florentino Perez is in no doubt.
The number 7 is going nowhere.
🗣 https://t.co/229yCDUEra pic.twitter.com/RQbgMYvcWL
— MARCA in English 🇺🇸 (@MARCAinENGLISH) May 26, 2018
Bagaimanapun Perez turut membayangkan dia sudah bosan dengan drama Ronaldo dan membenarkannya meninggalkan kelab berkenaan.
Ini bukan kali pertama Ronaldo, yang menyertai Real dari Manchester United dengan rekod perpindahan dunia ketika itu pada 2009, hampir menuju pintu keluar di Santiago Bernabeu.