Quantcast

BERITA

Sharbinee Allawee Penjaga Gol Baharu Pasukan Kuala Lumpur

Selepas sebulan menjalani sesi pemilihan, Sharbinie Allawee akhirnya ditawarkan kontrak untuk beraksi bersama Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super.

Kerapuhan di posisi penjaga gol skuad The Hawks itu tampaknya bakal diatasi dengan kehadiran bekas penjaga gol yang berpengalaman ini.

Sharbinie yang sebelum ini bersama skuad Terengganu FC tekad membalas kepercayaan pengurusan Kuala Lumpur dengan mempamerkan prestasi cemerlang berdasarkan pengalaman yang dimiliki olehnya.

“Pengalaman adalah aset saya dan yakin ia sangat berguna walaupun sudah setahun tidak beraksi. Cuma, mungkin saya memerlukan beberapa perlawanan untuk mendapatkan semula sentuhan.

“Saya anggap ia bukan masalah besar kerana bagi setiap pemain, sebaik sahaja melangkah ke padang, dengan sendiri aura perlawanan akan membantu walaupun sudah lama tidak bermain.

“Saya akan gunakan tempoh enam bulan ini sebaik mungkin kerana ia bakal menentukan masa depan saya,” katanya kepada Berita Harian.

Sharbinie Allawee menjalani sesi latihan dengan skuad Kuala Lumpur sejak minggu lepas. FOTO: KLFA

Sebelum ini, Sharbinie terpaksa berehat setahun kerana menghadapi masalah kesihatan di bahagian paru-paru. Beliau kemudiannya kembali turun ke padang menjalani latihan selepas disahkan pulih sepenuhnya.

Kuala Lumpur merupakan pasukan yang paling banyak dibolosi apabila melepaskan 27 gol selepas 12 perlawanan Liga Super setakat ini. Terbaharu, mereka dibelasha 4-0 oleh naib juara Liga Super musim lalu, Pahang di Stadium Darul Makmur.

Malah, pengendali skuad itu, Fabio Marciel memberi bayangan akan melakukan rombakan besar-besaran untuk memastikan pasukannya terus bersaing dalam saingan Liga Super.

“Tetapi sama ada rombakan itu boleh berlaku atau sebaliknya, bergantung kepada keputusan pengurusan tertinggi KLFA (Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur).

“Ini kerana selepas menang 5-1 ke atas Kelantan pada 22 Mei lalu, tiada sebarang keputusan diambil untuk menukar pemain terutama import.

“Namun, selepas keputusan tewas malam ini, kami perlu mengambil langkah terbaik untuk memastikan aksi lebih baik selepas ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Pahang.

Kehadiran Sharbinee yang pernah mewakili skuad kebangsaan dilihat jawapan tepat kepada masalah yang dihadapi jurulatih, Fabio Maciel yang kerap dihampakan aksi tidak konsisten tiga penjaga golnya.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!