Ronaldo Bengang Dengan Kerajaan Sepanyol Dan Mahu Angkat Kaki?

Laporan beberapa media di Sepanyol dan Portugal menyatakan pemain terbaik dunia 2016 itu sudah tawar hati dengan kerajaan Sepanyol.

Ini selepas beliau didakwa atas pertuduhan menyembunyikan duit cukai hasil daripada hak imej di Pulau Virgin.

Sebelum ini, Lionel Messi menghadapi komplikasi yang sama dalam berhadapan dengan regulasi cukai di Sepanyol yang sangat kompleks.

Ronaldo kecewa dengan pertuduhan tersebut kerana menurut pihak beliau, kebanyakan hasil pendapatan daripada hak imej oleh Ronaldo dijana di luar Sepanyol.

Pihak Gestifute, yang merupakan badan yang menguruskan cukai Ronaldo menyatakan 90% daripada pendapatan Ronaldo adalah di luar Sepanyol.

Jadi pemain itu tidak rasa yang penguasa cukai Sepanyol ada hak ke atasnya. Pada 2014, Ronaldo telah melakukan penyelarasan cukai dan beliau telah membayar 20% daripada pendapatan tersebut kepada kerajaan Sepanyol.

Antara syarikat besar yang berkaitan dengan hak imej Ronaldo adalah Nike, Coca-cola, Emirates, Castrol, Herbalife, dan Tag Heuer.

Namun alasan tersebut tidak diterima oleh pihak penguasa cukai Sepanyol yang mendakwa, cara Ronaldo menyimpan duit tersebut di sebuah syarikat di Pulau Virgin menunjukkan pemain itu sengaja bersubahat.

Pulau Virgin memang terkenal sebagai hub sehenti untuk individu yang mahu menyembunyikan wang mereka daripada dikenakan cukai.

Pihak penguasa cukai Sepanyol mendakwa pemain itu telah mengaburi mata mereka dengan helah tersebut sejak 2014. Ronaldo didakwa banyak menjana pendapatan di dalam Sepanyol. Kini Ronaldo berhadapan dengan prosiding jenayah.

Sebelum ini pihak pendakwaan terpaksa menangguhkan pendakwaan kerana ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar. Mana tidaknya, orang yang terlibat adalah pemain dan atlet sukan yang paling popular di dunia, Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini Lionel Messi didapati bersalah atas kesalahan yang sama dan dihukum penjara 21 bulan.

Namun di Sepanyol, untuk kesalahan yang kurang 2 tahun, pesalah boleh mengelak dari dipenjara dengan membayar denda dan ikat jamin untuk kesalahan kali pertama.

Ini kerana beliau tidak ada rekod jenayah lampau dan ia bukan kesalahan ganas seperti mencederakan, membunuh dan sebagainya. Ia juga adalah kesalahan pertama dengan hukuman penjara di bawah 2 tahun.

Statistik menunjukkan 95% daripada kes kesalahan pertama di Sepanyol, untuk hukuman penjara kurang daripada dua tahun, pesalah tidak akan dipenjara.

£156 juta adalah nilai semasa diletakkan Real untuk Ronaldo

(Photo credit should read GERARD JULIEN/AFP/Getty Images)

Berita yang kurang enak untuk peminat Real Madrid adalah apabila Ronaldo dilaporkan sudah bercakap dengan Florentino Perez yang beliau terbuka untuk meninggalkan Real Madrid selepas ini.

Beberapa kelab termasuk PSG dan Manchester United dikatakan memasang ‘notifikasi’ untuk situasi ini. Kelab-kelab dari China juga mulai mengalihkan perhatian untuk mendapatkan Ronaldo.

Ronaldo baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan pada musim lalu. Berdasarkan kontrak semasa,nilai perlepasan Ronaldo adalah sekitar £156 juta untuk pemain 32 tahun ini.

Namun, Simon Stonen mendedahkan yang klausa perlepasan semasa Ronaldo adalah £1 billion.

Ia dilihat terlalu mahal. Dan memungkinkan pemain ini perlu meminta ihsan daripada kelab Real Madrid untuk menurunkan harga tersebut jika beliau benar-benar mahu keluar dari Real Madrid.

Buat masa ini, kami merasakan agak sukar untuk Ronaldo keluar dari Real Madrid. Jika kes ini dibawa ke mahkamah sebelum beliau menandatangani kontrak, ia mungkin cerita yang berbeza.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN