Ronaldo Bakal Jadi Pemilik & Presiden Baru Real Valladolid

Legenda Brazil dan Real Madrid, Ronaldo akan menjadi pemilik utama kelab La Liga, Real Valladolid.

Ronaldo yang sedang di dalam proses akhir untuk memiliki 51% pegangan di dalam kelab itu akan membayar €30 juta untuk berbuat demikian.

Ia sekaligus menjadikan Ronaldo sebagai pemilik bersama dengan Carlos Suarez yang merupakan Presiden kelab dan juga datuk bandar kepada Valladolid, Oscar Puente.

Satu majlis khas akan diadakan hari ini sempena pengumuman oleh Real Valladolid itu.

“Saya memiliki pelbagai pengalaman di dalam bola sepak, dan ia membantu mempersiapkan saya untuk pengalaman baru ini.

“Bola sepak sentiasa menjadi keutamaan saya,” ujar Ronaldo sepertimana yang dipetik dari laporan ESPN.

Suarez yang sebelum ini memiliki 66% pegangan di dalam kelab percaya penjualan pemilikan kepada Ronaldo akan membantu kelab untuk berjaya di masa hadapan.

“Ketibaan Ronaldo sebagai pemilik akan menjadikan Real Valladolid lebih dikenali, sekaligus akan membenarkan kelab ini menambah kualiti,” ujar Suarez.

“Saya dengan berbesar hati mengalu-alukan Ronaldo ke kelab ini,” tambah Suarez lagi.

Puente sebelum itu terlebih dahulu mengalu-alukan Ronaldo sebagai pemilik Real Valladolid.

“Ronaldo ialah ikon sukan dunia, dan apa yang berlaku di sini debgan ketibaannya pasti menjadi semakin menarik.

“Selain daripada Michael Jordan, beliau adalah seorang lagi individu yang memiliki kontrak sepanjang hayat dengan Nike. Ia pasti membawa nilai tambah kepada Valladolid,” jelas Puente kepada akhbar AS.

Menurut Diario de Valladolid pula, rancangan mengenai Ronaldo sebagai pemilik Valladolid mulai diperbincangkan sejak Mei lalu.

Namun ianya hanya akan direalisasikan sekiranya mereka layak ke La Liga pada musim ini.

Kelab tersebut dikatakan memiliki hutang bernilai €25 juta.

Menurut laporan di Sepanyol, Ronaldo bakal dilantik sebagai Presiden kelab yang baharu, sementara Suarez akan mengambil peranan sebagai delegasi kelab.

Suarez sebelum ini dikatakan menerima tawaran yang lebih lumayan dari pelabur dari China, namun memilih untuk menjual pemilikannya kepada Ronaldo kerana yakin dengan kebolehan bekas bintang Brazil itu.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN