Ronaldinho pasti tidak pernah membayangka untuk menyambut hari kelahirannya di penjara.
Tetapi itulahlah realiti sedih yang terpaksa dihadapi oleh pemain legenda itu pada Sabtu lalu sempena hari kelahirannya ke-40 pada Sabtu lalu.
Ronaldinho kini ditempatkan di penjara di Asuncion, Paraguay atas kesalahan memiliki pasport palsu ketika memasuki negara tersebut.
Sehingga kini, beliau telah ditahan selama dua minggu bersama abangnya, Roberto Assis. Menurut laporan sebelum ini, bekas pemain Bacelona itu boleh terus dipenjarakan selama enam bulan lamanya jika didapati bersalah.
Untuk menjadi individu bebas mungkin adalah impian Ronaldinho, dan hadiah terbaik buat dirinya pada masa ini. Tetapi kehidupan beliau di penjara juga tidaklah seburuk yang ramai biasa bayangkan.
Pada minggu lalu beliau mengambil bahagian di dalam kejohanan futsal tahunan yang dianjurkan oleh pihak penjara
Walaupun hanya beraksi satu perlawanan sahaja iaitu di perlawanan akhir, Ronaldinho mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan 5 gol dan menghasilkan 6 assist untuk pasukannya menang 11-2.
Dan ketika menyambut hari kelahirannya yang ke-40, Ronaldinho dihidangkan dengan daging barbecue.
Menurut akhbar Evening Standard, majlis barbecue tersebut dianjurkan sendiri oleh banduan di situ untuk memastikan legenda bola sepak dunia itu sentiasa bersemangat dan gembira.
Menurut ESPN, Ronaldinho adalah watak yang amat disenangi di kalangan banduan di Asuncion.
Bekas pemain antarbangsa Brazil itu turut berkongsi tips bermain futsal dan minum minuman beralkohol bersama-sama banduan lain
Seperti banduan lain, Ronaldinho turut belajar skil baharu di sana. Ronaldinho dikatakan mengikuti kursus asas pertukangan kayu – program yang sememangnya disediakan untuk banduan di situ.
Ia mungkin sambutan hari jad yang sederhana buat Ronaldinho. Tetapi ia mungkin boleh menjadi sambutan yang lebih teruk dari ini.