Ronald Koeman Dikejarkan Ke Hospital Kerana Masalah Jantung

Ronald Koeman

Pengurus skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman dilaporkan mengalami masalah jantung dan beliau kini dikatakan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

Perkembangan terkini itu disahkan sendiri oleh ejen beliau, Rob Jansen yang menjelaskan bahawa Koeman telah dikejarkan ke hospital selepas beliau mengadu berasa tidak sihat selepas menjalankan aktiviti berbasikal, menurut laporan Goal.

Isteri Koeman, Bartina turut mengakui tindakan pantas dilakukan oleh pihak hospital dalam memberikan rawatan amat membantu suaminya yang dilaporkan sudah boleh pulang ke rumah pada hari esok.

Laman Twitter Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) dalam pada itu turut memberikan reaksi terhadap apa yang menimpa pengurusnya itu.

”Ia mengejutkan, mujur keadaannya sudah kembali baik. Kuatkan semangat dan kembali sihat, ‘coach’.

Selain itu, dua bekas kelab bimbingan Koeman di Liga Perdana Inggeris juga tampil untuk memberikan semangat buat beliau.

Koeman mula menjawat jawatan pengurus Belanda pada Februari 2018 bagi menggantikan Dick Advocaat susulan kegagalan The Oranje melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Ketika di bawah kendalian, Belanda semakin menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir UEFA Nations League bertemu Portugal dan turut melayakkan diri ke Euro 2020.

Namun, susulan wabak COVID-19 yang masih lagi menular di seluruh dunia, penganjuran saingan paling berprestij di Eropah itu dilihat hampir pasti akan ditunda ke satu tarikh lain.

Semoga cepat sembuh, Ronald Koeman!

Kredit featured image: Eric Verhoeven/Soccrates/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Koeman:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN