Juventus Akan Terus Simpan Dybala, Higuain

Dybala Higuain

Pendahulu Serie A, Juventus akan terus mengekalkan dua penyerang utama mereka, Gonzalo Higuain dan Paolo Dybala, sementara dua pemain senior, Giorgio Chilellini dan Gianluigi Buffon dilaporkan akan melanjutkan kontrak mereka setahun lagi.

Dengan Cristiano Ronaldo kini merupakan bintang utama pasukan di skuad Bianconeri itu, Dybala dan Higuain telah beberapa dikaitkan dengan perpindahan keluar ke kelab-kelab lain.

Dybala sebelum ini hampir meninggalkan kelan Turin tersebut untuk menyertai Manchester United atau Totenham Hotspur pada musim panas lepas. Manakala Higuain pula sebelum ini telah dipinjamkan ke AC Milan dan Chelsea.

https://twitter.com/aduezetonbra/status/1256967336076152832?s=20

Penyerang Argentina itu bagaimanapun membuktikan keputusannya untuk kekal di Stadium Allianz adalah tepat selepas mempamerkan aksi konsisten musim ini dengan menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan.

Dalam satu temubual Dybala sebelum ini, beliau mendedahkan semakin serasi dengan taktikal Maurizio Sarri yang lebih menenkankan soal penguasaan bola.

Turut dibincangkan adalah kontrak baharu bagi dua pemain paling berpengalaman dalam pasukan, Chiellini dan Buffon.

“Untuk Dybala, penangguhan yang berlaku disebabkan krisis [COVID-19] ini sedikit sebanyak telah membataskan perbincangan kami dengannya. Tetapi hasrat kami adalah untuk memastikan beliau kekal di sini untuk jangka masa panjang.

Kontrak Dybala setakat ini akan tamat pada 2022, tetapi kelab tersebut akan beusaha untuk pastikan rundingan kontrak baharu akan selesai dalam masa terdekat sebelum musim ini tamat.

Sementara Higuain yang sudah berusia 32 tahun akan tamat kontrak pada musim depan, namun Juventus dilaporkan tidak akan melepaskan penyerang Argentina itu terlalu awal.

“Kami akan ikat dia [Higuain]. Musim ini dia beraksi dengan sangat cemerlang. Jami harap dia akan terus memberikan komiten kepada pasukan selagi kontraknya masih ada di sini.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Paolo Dybala dan Gonzalo Higuain:

Leave a Reply